In Allah We Trust

In Allah We Trust
A New Hope

Wednesday, January 29, 2014

Jika PAS bertanding lawan Anwar Ibrahim di Kajang, Tempat PAS adalah sehina UMNO.



Kami di CU4M mendapat berita bahawa Parti Islam Se-Malaysia akan bertanding di  Dun Kajang. Apakah natijahnya pihak PAS ingin melakukan perkara tersebut. Adakah ianya untuk menyekat kebebasan yang akan pasti dibawa oleh Anwar Ibrahim di dalam negeri Selangor ini?

Kami ingin mengingatkan pihak PAS bahawa PAS tidak mampu untuk menjaga kebajikan rakyat Selangor. Kononya sebagai parti bumiputera terkuat di dalam Pakatan Rakyat, PAS harus sedar bahawa mereka tidak mampu untuk melaksanakan apa yang diperlukan oleh rakyat Selangor. Sebab itulah mereka gagal dalam usaha untuk memgang tampuk pemerintahan negeri tersebut. Jika mereka yang terkuat, maka kenapa tiada seorang pun diantara mereka yang memantau pergerakan JAIS semasa mereka menindas orang Kristian di Selangor?

Amaran kepada PAS. Jika mereka menguji kekuatan kami, mereka akan GAGAL.

Anwar Ibrahim For Kajang!

Admin CU4M.

Anwar Ibrahim Adalah Pembebas Rakyat Malaysia.



#prkkajang #anwar4kajang


Tidak perlu rasanya CU4M menulis panjang tentang ketokohan Anwar Ibrahim. Beliau bukan sahaja seorang pemimpin politik tetapi merupakan pemimpin yang tersohor yang dikenali seluruh dunia. Dunia mengiktiraf Anwar Ibrahim dan kebenaran ini yang cuba ditutup oleh pihak tertentu untuk menghalang pembebasan yang semakin dekat untuk rakyat Malaysia.

Hari pembebasan sudah dekat untuk Malaysia. Anwar Ibrahim akan sentiasa membantu kira tidak kira agama dan bangsa. Konsep satu Malaysia yang dicanang oleh PM Najib akan disempurnakan oleh Anwar Ibrahim tanpa menggunakan apa-apa konsultan.

Ya! Inilah harinya Anwar Ibrahim akan menang dan membentuk tapak pertama untuk kemasyuran rakyat Malaysia.

Kita semua yakin dengan Anwar Ibrahim. Seorang pemengang obor kebenaran. Semua rakan-rakan kita diseluruh dunia sudah bersedia dengan perubahan yang bakal dinikmati oleh kita di Malaysia. Rakan-rakan kita di Singapura contohnya, sudah bersedia untuk berarak dengan kemenangan apabila rakyat dapat menawan Putrajaya nanti.

Begitu juga dengan rakan-rakan kita di Filipina, Indonesia dan Thailand. Kita akan disatukan dengan nama Tuhan yang satu.


Semoga Yesus akan menjadi pelindung dan pemberi jalan kepada Anwar Ibrahim. Kami berdoa setiap hari agar Allah akan merahmati Anwar Ibrahim. Seorang pemimpin yang berusaha untuk mendapat kebaikkan di dunia dan di alam barzakh nanti..

Admin CU4M.

Anwar Pelindung Minority! #PRKKajang Anwar Ibrahim 4 Kajang.





Tuesday, January 28, 2014

Anwar tanding bukan soal hendak jawatan - Azmin


KAJANG: Pengerusi Majlis Kepimpinan Keadilan Selangor Azmin Ali menegaskan keputusan meletakkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di Dun Kajang bukanlah satu perjudian seperti mana dituduh pelbagai pihak.

 Beliau berkata, keputusan yang dibuat parti itu bukan mudah tetapi ia perlu komitmen oleh PKR dan Pakatan Rakyat bahawa PRK Kajang nanti akan menjadi bukti lonjakan dan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat.

"Dalam PRU lalu kita mendapat undi popular 52 peratus, insyallah di PRK Kajang nanti ia akan terus melonjakkan sokongan rakyat kepada kita seterusnya pada PRU14," katanya ketika berucap dalam Taklimat Pilihan Raya N25 Kajang di Sungai Sekamat.

Beliau turut menafikan bahawa Anwar kemaruk untuk menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri sebaliknya menyifatkan pengorbanan Anwar yang dilihat sebagai pimpinan peringkat negara namun sanggup turun ke peringkat bawah.

"Anwar pemimpin politik bertaraf dunia dia bukan milik Malaysia, Kajang, Selangor sahaja tetapi negara di Timur Tengah perlukan beliau.

"Bukan soal jawatan! Kalau hendak jadi PM tahun 2008 lagi dah jadi. Kalau ikut telunjuk Dr Mahathir dah lama dah ," katanya di hadapan kira-kira lebih 150 petugas jentera pilihan raya.

Bagaimanapun Azmin turut memaklumkan beliau akan mengadakan perbincangam bersama Pesuruhjaya PAS selangor Iskandar Samad dan Pengerusi DAP Selangor Tony Pua sebagai persiapan untuk PRK manti.

"Saya sudah hubungi mereka berdua pagi ini dan lepas ini kami akan adakan perbincangan serius untuk lihat bentuk kerjasama dan permuafakatan Pakatan Rakyat yang dapat diterjemahkan dalam bentuk tenaga kerja di Kajang nanti,"katanya.

Anwar Ibrahim Akan Selamatkan Orang Kristian Di Selangor.



Seperti yang kita tahu, polemik dan masalah yang dihadapi oleh rakyat Malaysia yang beragama Kristian bermula di Selangor. Ya memang benar kita boleh menunding jari kearah kerajaan Persekutuan namun begitu hakikatnya kerajaan Negeri Selangor gagal dalam mengawal kesamsengan JAIS yang berada dibawah peruntukkan undang-undang kerajaan negeri Selangor.

Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sememangnya perihatin keatas rintihan kaum minoriti yang sering dinafikan hak mereka. Dan dengan ini kami di CU4M ingin menyuarakan sokongan kami terhadap kempen Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai PRK N25 DUN Kajang.

Adalah dengan ini kami akan menggerakkan segala tenaga dan usaha kami untuk memastikan Datuk Seri Anwar Ibrahim memenangi pilihanraya tersebut dan seterusnya menjadi Menteri Besar Selangor sekaligus melindungi semua orang-orang Kristian di Negeri Selangor daripada sebagarang ketiadakadilan dan penindasan.

Semoga Allah, Yesus dan Ruhul Kudus melindungi dan memberi kemenangan kepada beliau untuk menerajui negeri Selangor yang kita semua cintai ini.

Admin CU4M



Monday, January 27, 2014

Karangkraf calls off public debate on Allah issue between Noh Omar and Khalid Samad


SELANGOR: The highly anticipated public debate between Selangor Umno chief Noh Omar and the Shah Alam MP Khalid Samad today on the Allah issue has been called off as religious tension continues to rise between Muslims and Christians.

The cancellation of the debate, organised by Malay language daily Sinar Harian, was announced late last night. It was to have been held at 2pm today in Shah Alam.

Karangkraf Media Group executive editorial advisor Abd Jalil Ali said the event was cancelled after considering "various angles on the current situation".

He said various religious leaders, non-governmental organisations (NGOs) and concerned citizens had also expressed reservations on the debate and thus Karangkraf had decided to cancel the event.

"We understand the feelings and sentiments of the public and thus, we made this decision," he said in a statement.

Tension has been flaring over the use of the Arabic word Allah by non-Muslims, with Muslim groups insisting the word is exclusive to Islam.

In October last year, the appellate court upheld the Home Ministry's ban on Herald, prohibiting the Catholic publication from using the word Allah in its Bahasa Malaysia edition.

The case is now pending before the Federal Court, which is set to hear arguments from both sides on March 5 before deciding on whether it will hear an appeal by the Catholic Church.

Earlier this month, the Selangor Islamic Religious Department (Jais) raided the Bible Society of Malaysia and seized over 300 copies of its Malay and Iban language bibles, which contain the word Allah.

The raid also threw the spotlight on Putrajaya’s 10-point solution that was introduced in 2011 to allow Christians to continue using Bibles in the national and other native languages.

Christians form about 9% of Malaysia's 29 million population.

Almost two-thirds of Christians in Malaysia are Bumiputera and are largely based in Sabah and Sarawak, where they routinely use Bahasa Malaysia and indigenous languages in their religious practices, including describing God as “Allah” in their prayers and holy book.

Besides the Bumiputera Christians from Sabah and Sarawak, some of whom have moved to the peninsula to live and work, Orang Asli Christians in the peninsula also typically use Bahasa Malaysia in their worship. --The Malaysian Insider

Serangan gereja: Ini baru permulaan, kata pemimpin Sarawak


SARAWAK: Dua ahli politik Sarawak memberi amaran serangan bom Molotov Cocktail ke atas gereja di Pulau Pinang semalam hanya "permulaan bagi lebih banyak yang akan berlaku" dengan salah seorang berkata insiden tersebut berlaku disebabkan perdana menteri terlalu "lemah".

Menteri Kemajuan Tanah Sarawak, Tan Sri Dr James Masing, yang terkenal dengan kelantangannya berkata, serangan tersebut membimbangkan kerana ia jelas amaran kepada penganut Kristian untuk menghentikan perjuangan menuntut penggunaan kalimah Allah dalam Bible berbahasa Melayu.

"Saya sudah katakan sebelum ini, awan mendung sudah tiba dan ini baru permulaan. Sekarang sudah makin merisaukan dengan laporan keganasan sebegini," kata pemimpin politik Sarawak itu mengulas letupan di luar gereja Pulau Pinang semalam.

Masing berharap keganasan ini tidak akan bertambah buruk sehingga tidak terkawal.

Minggu lalu, dalam tindak balas terhadap perintah Yang di-Pertuan Agong yang menyatakan perkataan seperti Allah adalah eksklusif untuk orang Islam sahaja, Masing berkata, perintah tersebut adalah petanda 'awan mendung semakin hampir'.

Masing yang juga presiden parti komponen Barisan Nasional, Parti Rakyat Sarawak (PRS) berkata, keadaan semakin muram bagi penganut Kristian di negara yang sepatutnya mementingkan toleransi antara agama, dan kini dengan jelas ingin memastikan perkataan Allah hanya untuk orang Muslim.

Ketua PKR Sarawak, Baru Bian yang memberikan reaksi lebih tajam, berkata: "Inilah yang berlaku apabila perdana menteri kita lemah."

Beliau mengecam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana membisu dalam tempoh yang lama berkaitan isu kalimah Allah sehingga memberikan peluang kepada golongan kanan Melayu dan ahli Umno ambil kesempatan untuk mengipas lagi api perselisihan antara agama.

Najib cuba memecahkan tembok membisunya dengan mengeluarkan kenyataan bahawa penyelesaian 10-perkara masih berkuatkuasa di Sabah dan Sarawak menyebabkan ia masih tertakluk kepada enakmen negeri masing-masing, namun kenyataan tersebut hanya menarik lebih kritikan.

Dua ahli Parlimen Islam yang meneraju usaha membina hubungan baik antara Islam dan Kristian berhubung isu kalimah Allah, menggesa penganut Kristian supaya tidak terpedaya dengan provokasi.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin dalam usaha meyakinkan penganut Katolik supaya bersabar dan berkata, bom Molotov tersebut dilemparkan oleh mereka yang ingin mewujudkan ketegangan kaum dan agama.

"Tindakan tersebut tidak bertanggungjawab dan tidak muslimah. Setiap orang Islam harus mengutuk perbuatan tersebut dan sama sekali tidak membenarkan agen provokatur untuk memburukkan nama Islam dan menukarkannya kepada agama permusuhan dan kebencian," kata Khalid.

Mereka yang bertanggungjawab, katanya, menggunakan nama Islam untuk meningkatkan ketegangan antara agama supaya dapat 'bertahan dalam suasana politik'.

"Sudah saya katakan sebelum ini. Sesetengah parti ingin mewujudkan ketegangan kaum dan polarisasi agama supaya ia kelihatan mereka menjaga kepentingan rakyat.

"Mereka menggunakan agama Islam untuk niat jahat dan tidak mengikut ajaran Islam.

Hanipa berkata, insiden tersebut penuh dengan niat jahat dan ia dilakukan oleh 'pihak tidak bertanggungjawab' yang ingin menghasut.

"Saya berharap bukan orang Islam yang bertanggungjawab. Agama Islam tidak memaafkan atau membenarkan apa-apa provokasi," katanya.

Beliau percaya insiden tersebut dan provokasi lain yang berkaitan dengan isu kalimah Allah adalah taktik mengalihkan perhatian rakyat daripada isu penting seperti kos hidup yang meningkat.

Hanipa dan Khalid adalah pemimpin PAS yang giat berusaha mengadakan dialog dengan penganut Kristian bersama ahli parti mereka, Datuk Mujahid Yusof Rawa, sejak isu ini meletup pada 2009.

Ketegangan semakin meningkat di Pulau Pinang Ahad lalu apabila sepanduk dengan tulisan, "Allah Maha Besar, Jesus anak kepada Allah," digantung di luar lima gereja di Pulau Pinang - gereja Victory Lutheran, gereja St John Britto Catholic, gereja Church of the Immaculate Conception dan gereja Church of the Assumption dan Church of the Nativity of the Blessed Virgin Mary di Butterworth.

Serangan bom Molotov di gereja Church of the Assumption di Lebuh Farquhar, Pulau Pinang Ahad lalu, tiba hanya sebulan selepas permohonan gereja Katolik kepada Mahkamah Persekutuan.

Gereja tersebut mengemukakan rayuan atas keputusan Mahkamah Rayuan yang membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan mingguan Katolik, Herald menggunakan perkataan Allah.

Susulan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009, sebanyak 10 gereja dan beberapa masjid diserang atau dirosakkan di seluruh negara.

Tiga gereja di Kuala Lumpur juga diserang bom Molotov. --The Malaysian Insider