Demi Allah, Anaknya Yesus dan Ruhul
Kudus! Marilah kita bersama-sama menyokong dan memberikan semangat kepada Sri
Kandi Negara Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail. Semoga Allah memberikannya
kemenangan. Semoga Allah memberikannya sokongan yang teramat padu daripada para
pengundi di N25 Kajanag Selangor , Darul Ehsan.
Seperti yang selalu kita canangkan
Wan Azizah bukanlah sebarangan individu. Dari sudut peribadinya, dari sudut
politiknya, beliau adalah seorang yang amat mulia. Banyak kerja-kerja kebajikan
yang boleh beliau jalankan sekiranya terpilih sebagai Wakil Rakyat untuk N25
Kajang, Selangor.
Demi Allah bersatulah bangsa
Malaysia.
Bersatulah demi menyokong KEADILAN
dan KESAKSAMAAN! Undi anda kepada Wan Azizah Wan Ismail adalah undi yang akan
menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional . Mengundi Wan Azizah adalah seperti
mengundi kebaikan dan keselamatan negara. Maka ianya akan menjadikan kerajaan
rakyat lebih hampir.
Jika Wan Azizah memenangi N25
Kajang, maka lebih mudah bagi kita untuk melaksanakan kerajaan Rakyat dengan
lebih sempurna. Jika selama ini penduduk Selangor yang berada dibawah BN menderita,
maka kini mereka akan terbebas dari penderitaan tersebut.
Seperti Nabi Musa dan anak-anak
Israel kita bangkit dan terus bangkit menentang kejahatan kerajaan Firaun
Barisan Nasional!
Jika anda pengundi Kajang, maka
undilah Wan Azizah. Jika anda bukan pengundi Kajang, sampaikanlah berita
gembira bahawa esok Wan Azizah akan menang pilihanraya Kajang. Dan sejuta
rahmat akan dibawa oleh mereka.
Bagi orang Islam, marilah kita
bangkit bersama-sama orang Kristian. Kita buktikan kita boleh bersatu padu
walaupun berlainan agama dan bangsa. Demi Tuhan kita yang sama, mengundi Wan
Azizah adalah jihad. Jihad yang akan membebaskan kita dari kerajaan Firaun
Barisan Nasional!
Allah tiada anak dan tidak diperanakkan
ReplyDeleteAlla itu Esa. Tidak beranak atau diperanakkan.
ReplyDeleteItu pada pendapat Encik. Tapi pada pendapat kami Tuhan itu berhak untuk buat apa sahaja yang dia suka. :)
DeleteSaudara/ri yang dihormati,
ReplyDeleteBerpijaklah di tempat yang nyata. Allah itu Esa. Allah tidak beranak atau diperanakkan. Dan tiada yang setara dengan kekuasaan-Nya. Sentiasalah hidup dalam keadaan harmoni saling hormat-menghormati satu sama lain. Terima kasih.
Adakah anda menidakkan kuasa Allah? Kalau dia mahu ada anak apa kuasa anda untuk menidakkannya? Orang UMNO seperti awak perlu sedar bahawa dunia ini bukan hanya ada Melayu UMNO sahaja. Pakatan Rakyat sudah sedar perkara ini kenapa tidak anda.
DeleteJangan samakan Allah Tuhan orang islam tidak sama dengan tuhan orang kristian...
ReplyDeleteAllah Tuhan Yang Maha Esa..yang hidup lagi kekal abadi yang mencipta 7 petala langit dan 7 petala bumi...
Isa kamu adalah Jesus kami.... Tuhan yang sama. Buka mata anda...
Deletebuka Al-Quran, fahamkan apa yang Allah cakap.
ReplyDeleteSurah Al-Kafirun, muka surat 603 #PeaceNoWar :)
Buka Injil, fahamkan apa yang Allah cakap.
DeleteAstaghfirullahaladzim. Mohon tidak disamakan lagi Tuhan agama Islam dan Kristian. Mungkin ada perkara yg kita sependapat TAPI dalam Islam ALLAH adalah Tuhan Yang Maha Esa, tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Surah Al-Ikhlas. Maaf andai ada kata yang mengguris hati saudara/i
ReplyDeleteMenurut Injil Tuhan ada anak. Dan anaknya dihantar kan untuk menyelamatkan kita. Akhir zaman pun anaknya akan dihantar untuk menyelamatkan kita. Dalam Al-Quran tiada satu ayat pun yang kata Jesus/Nabi Isa akan kembali. Tetapi ianya ada di dalam Injil. Maka sedarlah, Anda pun pun sebenarnya percaya Injil yang kami percayai.
Deletekalau tuhan boleh buat anak maka tuhan sama taraf dgn manusialah. kitab terakhir yg menjadi panduan bukan injil tp Al-quran.
ReplyDelete