Seluruh negara berasa sedih dengan apa yang terjadi kepada
penerbangan MH17 yang telah ditembak jatuh. Kami di Christian United For
Malaysia amat bersedih diatas perkara ini. Lebih menyedihkan adalah ianya
merupakan tragedi kedua yang terjadi melibatkan kapal terbang Syarikat
Penerbangan Malaysia (MAS).
Justeru
itu kami telah menyalakan lilin untuk para penumpang dan krew kabin yang
bekerja di dalam pesawat MH17 itu. Semoga mereka akan tenang di dalam pelukkan
Yesus. Walau bagaimanapun terdapat banyak teori yang mengatakan tentang
kemalangan yang benar-benar menyentuh hati rakyat Malaysia.
Tidak
kurang pula dengan mereka yang membela kerajaan Malaysia dan MAS yang
sememangnya perlu dipersalahkan di dalam perkara ini. Jika tidak kerana ketidak cekapan
mereka dalam menjalankan tugas, bagaimana perkara ini boleh terjadi sebanyak dua kali. Apakah pihak MAS
terlalu ambil lewa tentang keselamat anak kapal dan krew mereka?
Mungkin
MAS yang cuai dan mungkin juga Kerajaan Malaysia yang cuai dan mungkin juga
pilot penerbangan MH17 yang cuai. Segalanya berlaku sebegitu pantas dan
akhirnya hampir 300 nyawa melayang. Ada pihak berpendapat bahawa pesawat itu
ditembak kerana menjelajah ke dalam kawasan perang yang tidak selamat.
Bagi
pendapat penulis, kesilapan terbesar yang berlaku di sini bukanlah kesalahan
para penembak tetapi ianya kesalahan yang dilakukan oleh diri kita sendiri.
Sudah tahu ingin berlepas di dalam kawasan perang, megapa langkah-langkah
keselamatan extra tidak diambil.
Untuk
pengetahuan umum, MH17 bukanlah ditembak oleh pengganas atau pemberontak tetapi
ianya telah ditembak oleh pejuang yang berada di kawasan tersebut. Sempadan
Ukraine dan Russia itu merupakan satu kawasan perang. Sudah tentu apabila
berlaku lintasan kapal terbang ianya akan ditembak. Peluru tidak mengenal kawan
dan lawan. Tetapi mengikut berita yang kami terima orang-orang yang berada
dikawasan itu adalah penganut agama Kristian. Mereka tidak akan mencederakan
sesiapa pun sekiranya diri mereka tidak diancam. Apakah kita telah melakukan
kesilapan besar dalam menganilisa perkara ini.
Kita
tidak boleh menyamakan para pejuang di Ukraine dengan pengganas seperti OSAMA
BIN LADEN dan gerombolan pengganas Islam yang menyerang dan membunuh orang tidak berdosa tanpa rasa bersalah.
Pengganas menyerang orang lain dengan tanpa belas ihsan tetapi para pejuang
seperti di Ukraine hanya bertindak balas dan bukannya mereka masuk dan
menggangu negara orang lain.
Kesimpulannya
sebelum kita menghukum dan memarahi orang lain kita hendaklah berfikir dahulu
sebelum kita melakukan apa-apa tindakkan yang boleh menghancurkan nama baik
sesuatu kumpulan itu. Ya! Sekali lagi saya katakan bahawa memang sebanarnya
kejadian ini satu kesedihan. Tetapi jangan lah kita terus menghukum dan
menyalahkan orang lain kerana mungkin ianya merupakan kesalahan kita sendiri.
Wahai Bapa yang berada di Syurga,
Selamat kanlah mereka,
Sambutlah mereka dengan tangan mu yang Suci,
Wahai Bapa yang Maha Penyelamat!
Wahai Bapa yang berada di Syurga,
Selamat kanlah mereka,
Sambutlah mereka dengan tangan mu yang Suci,
Wahai Bapa yang Maha Penyelamat!