In Allah We Trust
Sunday, July 13, 2014
Siapakah Pencetus Kemarahan 13 May? Lim Kit Siang Vs Muhyiddin Yassin.
Di dalam agama Kristian, kita diajar oleh Yesus untuk sentiasa bercakap benar. Tidak kira apa fahaman politik kita, kita seharusnya mempertahankan kebenaran. Sangat sedih jika kita melihat saudara-saudara senegara kita berantakkan dan bergaduh sesama sendiri. Tetapi paling sedih apabila melihat, apabila sesetengah pemimpin pro-Kristian yang sanggup menipu untuk menunjukkan bahawa kerajaan yang sedia ada jahat dan tidak berguna untuk rakyat.
13 May satu permainan yang amat berbahaya:
13 May 1969 mungkin tidak dirasai oleh orang-orang seperti saya yang tinggal di Borneo, namun saya selalu mendengar cerita-cerita mengenainya. Saya percaya perkara ini tidak akan terjadi sekiranya kita lebih bertoleransi antara kaum. Sikap kita lah yang menjadi penyebab terjadinya rusuhan-rusuhan seperti ini.
Ingin saya katakan, untuk isu perkauman, tidak wajar kita menunding jari. Seharusnya kita cari jalan yang sesuai untuk mencari penyelesaian yang lebih baik. Yesus mengajar kita untuk hidup dengan aman dan damai, bukankah itu lebih baik dari cuba memprovokasi antara satu sama yang lain.
Muhyiddin Yassin Vs Lim Kit Siang.
Saya pernah terbaca bahawa Muhyiddin Yassin adalah seorang yang berbangga bahawa beliau adalah . berbangsa Melayu dengan mengatakan bahawa "Malay first Malaysian second". Ini tidak menjadi masalah. Kenapa ada yang mengatakannya rasis dan tidak bertanggungjawab? Malaysia adalah sebuah negara yang meraikan kaum-kaum yang ada. Dasar nasionalis kita adalah unik. Saya pun kalau ditanya, saya adalah Anak Sarawak dan Anak Malaysia.
Pasal isu 13 May yang kononya mengatakan Muhyiddin Yassin mengeluarkan kenyataan mencabar orang Cina. Saya sudah baca kenyataan tersebut dan tiada apa pun yang rasis mengenainya. Ianya hanya satu peringatan bahawa kita hidup ini perlu bertoleransi dan saling mempercayai satu sama lain. Jika tidak ianya akan menyebabkan pergaduhan dan perpecahan sesama sendiri. Ianya akan menjadi rosak jika kita tidak sama-sama berusaha memperbaiki kesilapan kita.
Sebenarnya saya berpendapat bahawa yang benar-benar mahukan 13 May kembali adalah Lim Kit Siang. Betul.... Kalau tak percaya anda boleh tengok sahaja laman blognya. Beberapa bulan lepas berpuluh artikel mengenai 13 May dan bagaimana UMNO yang "Jahat" telah merosakkan Malaysia dipertontonkan kepada umum. Mengapa pembangkang tidak memaki hamun Lim Kit Siang.
Hati saya sudah tawar dengan Pakatan Rakyat. DAP tidak akan membentuk negara atau negeri yang baik. Mereka hanya tau politik 24 sahaja. Orang-orang macam ini perlu dihalang dari masuk ke Negeri saya.
Anthony Anak Tamata
Samarahan, Sarawak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment