In Allah We Trust

In Allah We Trust
A New Hope
Showing posts with label Roman Catholic. Show all posts
Showing posts with label Roman Catholic. Show all posts

Thursday, November 28, 2013

Adakah Yesus telah disalibkan pada hari Jumaat?


We were informed that our Malay speaking brothers and sisters are keen in reading about our Lord Jesus Christ. So we took the liberty to find out information in Bahasa Malaysia and Indonesia so that they can understand what our Lord Jesus had been through to bring peace in this world. Hallelujah! Tak kenal maka tak cinta, mari kita bersama berkenalan dengan penyelamat dunia! Jesus Christ yang Terulung.

Soalan: Adakah Yesus telah disalibkan pada hari Jumaat? Sekiranya demikian, bagaimana Dia boleh berada tiga hari dalam kubur sekiranya Dia telah bangkit pada hari Ahad?

Jawapan: Kitab Injil tidak menyebut secara khusus pada hari apakah Yesus telah disalibkan. Dua pendapat yang secara meluas dipegang oleh orang ramai berhubung penyaliban-Nya ialah ‘pendapat hari Jumaat’ dan ‘pendapat hari Rabu’. Sesetengah orang pula mengambil hari Khamis sebagai hari penyaliban Yesus dengan mengabungkan rumusan kedua-dua hujah hari Jumaat dan Rabu.

Dalam Matius 12:40 Yesus berkata “Sebagaimana Yunus tinggal tiga hari dan tiga malam di dalam perut ikan besar, demikian juga Anak Manusia akan tinggal tiga hari dan tiga malam di dalam perut bumi”. Mereka yang berpegang kepada penyaliban pada hari Jumaat berkata bahawa masih ada cara lain untuk menunjukkan Yesus berada dalam kubur selama tiga hari. Pada pandangan orang Yahudi abad pertama, setengah hari dianggap sebagai satu hari penuh. Disebabkan Yesus berada dalam kubur pada sebahagian hari Jumaat, sehari suntuk pada hari Sabtu dan sebahagian hari Ahad – Dia boleh dianggap telah berada dalam kubur selama tiga hari. Salah satu pegangan kukuh untuk penyaliban hari Jumaat terdapat dalam Markus 15:12 yang mengatakan bahawa Yesus telah disalib sehari sebelum hari Sabat. Sekiranya hari itu merujuk kepada Sabat mingguan iaitu pada hari sabtu, maka penyaliban berlaku pada hari Jumaat. Beberapa orang pula memetik Matius 16:21 dan Lukas 9:22 yang mengatakan bahawa Yesus akan bangkit pada hari ketiga, maka Dia tidak perlu berada dalam kubur selama tiga hari suntuk. Beberapa terjemahan menggunakan frasa “pada hari ketiga” untuk ayat-ayat ini, tetapi bukan semua penterjemah menterjemah sedemikian dan bukan semua orang bersetuju bahawa itulah terjemahan yang terbaik bagi ayat-ayat ini. Lagipun Markus 8:31 berkata bahawa Yesus akan dibangkitkan “selepas” tiga hari.