In Allah We Trust

In Allah We Trust
A New Hope
Showing posts with label Sabah. Show all posts
Showing posts with label Sabah. Show all posts

Thursday, January 2, 2014

Orang Nusantara Akan Jadi Lebih Baik Jika Bersama Yesus.



*** We got an e-mail from one of our readers in Sandakan, Sabah yesterday. This is wholly his opinion. We did not say this, but we sure think that a lot of Malaysian would benefit from his views.

Selamat Petang  Saudara-saudara ku,

Saya Johan Bidik dari Sandakan, Sabah amat meminati blog CU4M. Saya mengikuti perkembangan blog ini sudah dua minggu. Ikutkan, saya merasakan bahawa blog ini pandangannya sangat adil dan saksama. Bukan satu sahaja dihentam, semua pihak dihentam agar sedar akan diri mereka.

Untuk pengetahuan admin CU4M, saya adalah orang yang amat susah. Semasa saya berumur 15 tahun saya tidak tahu membaca dan menulis. Susah untuk saya mencari pekerjaan. Namun begitu selepas berjumpa dengan Father Edward di salah sebuah Gereja di Sabah, saya merasa bersyukur kepada Allah kerana telah dijumpakan dengan seorang manusia yang sangat baik hati.

Father Edward telah membantu saya untuk bersekolah semula dan kini saya pandai membaca dan menulis. Saya juga mahir menggunakan komputer dengan bantuan gereja. Setelah berjaya mendapatkan sijil SPM saya dapat bekerja sebagai sebuah kerani di Syarikat swasta.