In Allah We Trust

In Allah We Trust
A New Hope
Showing posts with label alvin and vivian sex tapes. Show all posts
Showing posts with label alvin and vivian sex tapes. Show all posts

Tuesday, August 19, 2014

Korean Church has revitalized my faith, Filipino youth reflects


SEOUL: At the conclusion of the 6th Asian Youth Day, a young Filipino pilgrim stated that the greatest thing he will walk away with is a higher value of his faith, thanks to the profound devotion of Korean Catholics.

“The biggest thing that I will take with me from this experience is the vitality of faith here in Korea, because in the Philippines, we know that the Philippines is a Catholic country, but the faith becomes routine,” Jessie Perez told CNA Aug. 17.

Thursday, June 12, 2014

Mahkamah keluar waran tangkap terhadap penulis blog seks -



Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur mengeluarkan waran tangkap kepada penulis blog seks, Alvin Tan kerana gagal memulangkan pasport kepada mahkamah. Gambar fail The Malaysian Insider.


Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap penulis blog seks Alvin Tan selepas tertuduh gagal menyerahkan semula pasportnya kepada mahkamah yang sebelum ini diberikan untuk tujuan penggambaraan di Singapura, lapor Utusan Malaysia.
Alvin dan bekas kekasihnya, Vivian Lee menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 298A (1)(a) Kanun Keseksaan iaitu memuat naik di laman Facebook Alvin and Vivian- Alvivi di pautan https://www.facebook.com/alvivi.swingers, satu kandungan gambar dan komen di CAF-Syed Restaurant Jalan Dang Wangi pada jam 10.48 malam antara 11 Julai dan 12 Julai 2013.


Bagi pertuduhan pertama, Tan dan Lee didakwa bersama-sama menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman Facebook Alvin and Vivian- Alvivi di pautan https://www.facebook.com/alvivi.swingers iaitu satu kandungan gambar dan komen yang sama yang mengandungi logo halal dan ayat yang mempunyai kecenderungan menghasut.



Chong Joo Tian, peguam yang mewakili Tan berkata, beliau gagal untuk menghubungi anak guamnya dan percubaan keluarga menghubunginya juga gagal.
Bagaimanapun, Lee mengikut arahan mahkamah dan memulangkan passportnya pada 3 Jun.
Chong kemudian memberitahu The Malaysian Insider, beliau diberitahu oleh Lee produksi di Singapura tidak diteruskan.
"Jadi kami tidak tahu di mana beliau berada, tiada halangan baginya untuk ke mana saja dengan pasportnya.
"Kami tidak tahu sama ada beliau di Singapura," katanya.
Mahkamah menetapkan 18 Julai untuk sebutan semula kes itu.
Pada 21 April lalu, Mahkamah Rayuan menggugurkan pertuduhan mempersenda umat Islam pada bulan Ramadan terhadap Tan dan Lee kerana ia tidak terpakai kepada bukan Islam.
Dalam keputusan sebulat suara, panel tiga hakim diketuai Datuk Mohtarudin Baki juga memutuskan pertuduhan mengikut Seksyen 298A (1)(a) Kanun Keseksaan tidak dapat dikuatkuasakan terhadap pasangan itu.
Tan atau nama penuhnya Tan Jye Yee, 26, dan Lee atau Lee May Ling, 25, sebelum itu memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan untuk membatalkan pertuduhan ke atas mereka.
Hakim Mahkamah Tinggi, ketika menolak permohonan pasangan itu pada 21 November tahun lalu, memutuskan Seksyen 298A (1)(a) terpakai bagi semua kaum dan sah serta boleh dikuatkuasakan secara universal tanpa mengira kaum, etnik atau agama seseorang dan bahawa seksyen itu terpakai pada kedua-dua perayu dalam kes ini.
Dalam permohonan itu, Tan dan Lee memohon daripada Mahkamah Tinggi bagi perintah untuk mengisytiharkan Seksyen 298A tidak konsisten dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan tidak dapat dikuatkuasakan ke atas mereka, dan sekalipun tuduhan itu sah di sisi undang-undang, ia hanya terpakai bagi orang Islam. – 13 Jun, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mahkamah-keluar-waran-tangkap-terhadap-penulis-blog-seks#sthash.YWlL2Mov.dpuf