Makin terasa kehangatan musibah yang bakal melanda negara yang kita sayangi dan kasihi ini. Nampaknya Najib dan para penasihat (dungu) beliau sedang cuba menetapkan kejahilan di dalam minda rakyat Malaysia. Syukur kepada Tuhan Yang Esa, rakyat Malaysia tidak sebegitu dungu dalam mempraktikkan akal yang telah dianugerahkan oleh Maha Pencipta.
Jika masih ada lagi rakyat Malaysia yang tidak faham tentang TPPA, anda boleh google dan rujuk kepada mana-mana website. Bacalah kedua-duanya, yang menyokong TPPA dan yang menentang TPPA. Selepas membaca anda ambil sedikit masa untuk "digest" dan faham apa yang anda telah baca. Buatlah keputusan, sekiranya anda setuju TPPA dilaksanakan maka BERBAHAGIALAH anda dengan TPPA. Namun jika anda menentang TPPA, maka ingatlah perjuangan anda bukan berseorangan.
