In Allah We Trust

In Allah We Trust
A New Hope

Monday, April 21, 2014

TPPA: Najib Lebih Teruk Dari Anwar Ibrahim. Penjajahan Alaf Baru Bermula Sekarang!


Makin terasa kehangatan musibah yang bakal melanda negara yang kita sayangi dan kasihi ini. Nampaknya Najib dan para penasihat (dungu) beliau sedang cuba menetapkan kejahilan di dalam minda rakyat Malaysia. Syukur kepada Tuhan Yang Esa, rakyat Malaysia tidak sebegitu dungu dalam mempraktikkan akal yang telah dianugerahkan oleh Maha Pencipta.

Jika masih ada lagi rakyat Malaysia yang tidak faham tentang TPPA, anda boleh google dan rujuk kepada mana-mana website. Bacalah kedua-duanya, yang menyokong TPPA dan yang menentang TPPA. Selepas membaca anda ambil sedikit masa untuk "digest" dan faham apa yang anda telah baca. Buatlah keputusan, sekiranya anda setuju TPPA dilaksanakan maka BERBAHAGIALAH anda dengan TPPA. Namun jika anda menentang TPPA, maka ingatlah perjuangan anda bukan berseorangan. 

Syukur kepada Tuhan Bapa, Yesus dan Ruhul Kudus, kita diberikan kesempatan untuk meniti lagi jalan-jalan yang penuh like di negara yang kita cintai, iaitu Malaysia ini. Namun, apa yang terjadi pada ketika ini adalah sama teruk (mungkin lebih) dari apa yang telah berlaku pada tahun 1998. 

Jika tuan/puan masih lagi ingat, pada tahun 1998 krisis ekonomi melanda Malaysia. Namun Yesus telah menyelamatkan kita dari kebodohan seorang Timbalan Perdana Menteri Malaysia dari meminjam wang dari Bank Dunia. Sekalipun kami di CU4M membenci Tun Dr Mahathir atas dasar kemanusiaan, namun kita masih mengakui bahawa tindakan tegas dan bijak beliau telah menyelamatakan kita dari terus terbelenggu dengan hutang dari International Monetary Fund (IMF). 

Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu cuba untuk meyakinkan Tun Dr Mahathir untuk mengambil wang kotor Bank Dunia yang telah dicemari oleh tangan-tangan Yahudi Zalim. Namun, oleh kerana kebijaksanaan seorang manusia yang amat menyayangi rakyat, Tun Dr. Mahathir telah berjaya menghidu kebodohan ini dan menyelamatkan ekonomi Malaysia. 

Pinjaman kepada Bank Dunia adalah serupa seperti kita meminjam dari Lintah Darat. Mereka tahu yang akhirnya kita tidak akan mampu membayar wang yang telah dipinjamkan lalu mereka akan terus menekan pihak kerajaan dan akhirnya kita akan terus dijajah.

Perkara ini juga akan terjadi sekiranya TPPA diimplementasikan di dalam sektor ekonomi negara. Apakah Malaysia sebuah negara pengeluar yang sederhana mampu melawan kekuatan "brand" atau jenama barangan keperluan yang dikeluarkan oleh negara asing.

Menteri-menteri UMNO yang dungu seperti Husni Hanadzlah suka mengingatkan rakyat bahawa negara maju seperti Australia, Brunei, Kanada, Chile, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Filipina, Amerika Syarikat dan Jepun juga mengamalkan TPPA, namun tidak kah beliau sedar, sekalipun negara seperti Jepun mengeluarkan barangan, adakah barangan yang sama mampu bersaing dengan barangan mereka di sini. 


Sekiranya TPPA berlangsung, barangan berkualiti dari luar negara akan jadi lebih murah dan akhirnya pengusaha dan pengeluar barangan di negara kita akan gulung tikar. Kenapa Thailand (sebuah negara pengeluar yang lebih hebat dari Malaysia) tidak mengiktiraf TPPA. Begitu juga dengan Indonesia, China, India dan banyak lagi negara di rantau ini dan di seluruh dunia yang tidak bersetuju dengan TPPA. Apakah kita tidak perasan bahawa kesemua negara yang terlibat dengan TPPA adalah negara pengguna dan juga pengeluar hebat kecuali Malaysia (negara yang WASATIYAH "sederhana") dalam segala hal.

Namapaknya Ah Jib Gor telah tertidur lagi. Dengkurannya bakal meranapkan Malaysia. Najib lebih teruk dari Anwar Ibrahim atau mana-mana pemimpin korup UMNO atau bekas UMNO yang lain. 


Edward Simantongga
Shah Alam Selangor. 



No comments:

Post a Comment