Menurut laman berita Malaysia Insider, kemalangan maut yang menyebabkan kematian seorang Negarawan ulung Karpal Singh adalah disebabkan oleh pemandu lori yang telah didapati sebagai seorang yang menagih dadah jenis ganja.
Perkara ini telah disahkan oleh Ketua Polis Perak sendiri Datuk Acryl Sani Abdullah Sani yang menyatakan satu laporan toksikologi yang telah dibuat di Hospital Tuanku Bainun, Ipoh Perak.
Kami di Christian United 4 Malaysia merasa amat kesal dengan perkara ini. Pemergian Mendiang Karpal Singh sememangnya satu perkara yang amat menyedihkan bagi kita semua sebagai rakyat Malaysia. Namun apa yang kami kesalkan adalah kerana seorang penagih ganja kita semua mengalami kehilangan yang amat besar.
Apakah tidak cukup penguatkuasaan undang-undang trafik di negara ini, sehingga seorang penagih dadah boleh dibenarkan menjadi pemandu lori? Malu kita sebagai masyarakat dan rakyat Malaysia yang kononya negara maju dan makmur.
Sekiranya boleh, kami berdoa kepada Yesus dan kekuasaannya untuk menukarkan nyawa pemandu lori itu dan diberikan kepada Karpal Singh.
Lawan Tetap Lawan. Ubah Tetap Akan Kami Ubah.
No comments:
Post a Comment