In Allah We Trust
Tuesday, April 29, 2014
Saya temui ‘harta terpendam’ dalam Katolik
KOTA BELUD: Maineh Maadin, merupakan salah seorang baptisan baru di Paroki St Edmund, dibaptis pada malam Paskah yang lalu.
Maineh, 46, dahuluya tidak mempunyai agama mempunyai anak seramai enam orang. Tiga daripada anaknya telah dibaptis.
“Cara hidup saya dahulu hanya tahu berseronok bersama kawan-kawan. Suatu hari, saya tergerak hati saya untuk menghadiri Misa bersama anak bongsu saya. Dari situlah saya rasa ada sesuatu yang menarik saya untuk terus dan terus ke Gereja setiap hari minggu,” ujar Maineh.
Katanya lagi, “Selepas beberapa minggu hati saya terbuka untuk mahu dibaptis. Tambahan pula, anak bongsu saya yang baru beberapa bulan dibaptis, mendorong saya untuk menganut agama Katolik. agama katolik. Oleh itu sya mengikuti kelas IKD yang dibimbing oleh Katekis Thomas Dali.
Menurut Maineh, selepas mengikuti kelas IKD, kini dia telah menemui ‘harta’ yang amat berharga iaitu iman kepada Yesus Kristus.
“Saya juga mendapat kawan yang lebih memahami dan menerima saya seadanya. Kini, saya gembira untuk menghadiri Misa Kudus setiap sekaligus melayani Dia. Harapan saya agar komuniti di Gereja saya akan terus menyokong saya.” -- Maineh Maadin, Chapel St Hilary, Timbang, KB
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment