Oleh Dr. Francis Albert Tan (Taiwan)
Saya ingin nyatakan
disini artikel yang saya tuliskan ini adalah berdasarkan pemerhatian dan kajian
saya tentang agama Islam dan penganutnya di Malaysia. Artikel ini bukan
bertujuan untuk menunding jari kepada sesiapa tetapi ianya adalah untuk memberi
pendapat dan kesedaran kepada semua rakyat Malaysia bahawa kita mungkin sedang
dipermainkan oleh beberapa pihak. Pihak yang saya sebutkan ini adalah mereka
yang ingin menonjolkan imej lain bagi Islam dan pendakwahan terancang kepada
bukan Islam di seluruh dunia. Artikel ini diterjemahkan dalam bahasa Melayu dan
Mandarin agar ia dapat difahami oleh orang Islam dan orang bukan Islam di negara
ini.
Selepas berlaku
serangan 11 September di Amerika Syarikat, nama Islam seolah-olah melonjak naik
di seluruh dunia. Bukan kerana Islam tidak popular atau tidak dikenali sebelum
itu, tetapi apabila serangan ini berlaku, ianya membuka semula mata dunia kepada
Islam. Tragedi 11 September telah menunjukkan sisi lain agama ini. Sebelum ini
dikatakan agama Islam dilihat sebagai agama yang aman dan sekalipun berada
dalam keadaan konflik umat Islam amat dikasihani oleh penduduk dunia. Saya
masih ingat lagi ketika berada di Lubnan pada tahun 1997, umat Islam amat
dikasihi oleh orang-orang Eropah. Pada waktu itu, kita amat menyokong Palestin
dan mengecam tindakan Israel pada waktu itu. Begitu juga dengan perjuangan
Taliban di Afghanistan, Osama Bin Laden dianggap sebagai orang kuat kepada
penentangan terhadap pencerobohan Russia. Osama diangkat sebagai hero
kebebasan.
Namun selepas
kejatuhan WTC (World Trade Center) di New York, kita merasakan telah ditipu
oleh umat Islam yang kononya berpura-pura menjadi mangsa. Tetapi mereka
sebenarnya bersifat hipokrit dan tidak mengenal erti membalas budi. Lupakah
para pejuang Islam bahawa senjata yang mereka gunakan untuk menentang penjajah
Russia yang menakluk tanah mereka, mengambil harta dan merogol anak-anak gadis
mereka itu adalah sumbangan dari Amerika dan negara-negara NATO?
Nampak benar pada
ketika itu, orang Islam secara keseluruhannya tidak boleh dipercayai malahan
mereka sering dilihat sebagai kaum yang sering mengambil kesempatan diatas
kebaikkan orang lain. Namun begitu, di negara kita Malaysia, perkaranya
berbeza. Di Malaysia umat Islam telah berjaya tanpa menggunakan tipu daya.
Walaupun ada polisi-polisi kerajaan seperti NEP (Dasar Ekonomi Baru) boleh dipertikaikan,
secara keseluruhannya, Malaysia telah dilihat seperti contoh kepada negara
Islam yang lain. Perkara ini amat dicemburui oleh orang Islam di negara-negara
timur tengah. Mereka melihat kecenderungan pemimpin Malaysia pada ketika itu
kepada satu sumber kuasa yang amat hebat.
Raja-raja Arab juga khuatir bahawa mereka tidak akan lagi jadi sebagai
tempat rujukan negara Islam yang lain.
Akibat dari perasaan
iri hati para pemimpin Arab ini, maka Malaysia dijadikan sasaran. Niat mereka
mudah, ianya bertujuan untuk menghapuskan imej bersih Malaysia dan
menggantikannya dengan imej pembohongan, hipokrasi dan ideologi Taqqiyah kepada
negara ini.
Setelah Tun Dr.
Mahathir (Digelar sebagai Lao Ma oleh orang Cina) meninggalkan jawatan sebagai
Perdana Menteri. Ianya telah menjadi satu titik tolak yang penting bagi gerakan
merosakkan agama Islam di Malaysia oleh Raja-raja Arab. Secara tiba-tiba
apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi memegang jawatan sebagai Perdana Menteri
Malaysia, satu lagi konsep Islam diletakkan sebagai rujukan atau batu asas
dalam pemahaman Islam di Malaysia. Konsep “Islam Hadhari” sunggupun mendapat
tentangan orang alim dan guru-guru agama Islam di Malaysia tetap diteruskan
oleh Abdullah. Oleh kerana tidak mendapat sokongan daripada umat Islam di
Malaysia. Abdullah telah membawa tokoh-tokoh Islam dari Arab untuk
mempertahankan konsep Hadhari dari terus dicemuh oleh rakyat Malaysia sendiri.
Dengan tersenyum lebar, Raja-raja Arab puas hati dengan pembaharuan yang dibawa
oleh Abdullah Ahmad Badawi. Lantas terus membantu Malaysia yang semakin lama
semakin sesak dengan konsep Islam yang mengelirukan.
Boleh dikatakan para
pembesar Arab Saudi tidak melakukan apa pun tindakan semasa Zionis sibuk
membedil Palestin dengan peluru-peluru mortar. Dengan kekayaan yang besar,
mereka tidak menghulurkan walaupun satu biji peluru untuk kegunaan rakyat
Palestin. Ini menyebabkan mereka rasa tidak senang apabila Tun Dr Mahathir dengan
lantang menentang kedudukan Israel di Palestin. Apabila Abdullah memegang
tampuk pemerintahan, Malaysia menjadi lemah dan terus bacul bila berhadapan
dengan kuasa asing. Lantas terus menerima kekuatan yang ditawarkan oleh
Raja-raja Arab.
Syukur kepada Yesus
dan kekuasaannya, Abdullah hanya memegang tampuk pemerintahan hanya selama
sepenggal. Digantikan pula dengan Datuk Seri Najib Bin Tun Abdul Razak. Semasa
Najib menaiki takhta pemerintahan Malaysia, golongan orang Kristian dan
rakan-rakan dari agama lain bersorak kerana difikirkan bahawa Najib akan
menjadi seorang pemimpin yang lebih liberal dan bertanggungjawab. Lebih baik
dari Abdullah atau Tun Dr Mahathir. Namun impian ini berkecai apabila Najib
membawa pula konsep “Wasatiyyah” yang bermaksud kesederhanaan.
Untuk pengetahuan
para pembaca sekalian, konsep “Wasatiyyah” ini jika dilihat dari satu sudut
ianya bagus untuk pembangunan Malaysia. Namun apabila dikaji semula ianya tidak
lebih dan tidak bukan hanyalah satu penipuan atau “Taqqiyah” di dalam
pemerintahan Barisan Nasional (BN) dalam memastikan mereka terus memegang
tampuk pemerintahan selama mungkin.
Orang bukan Islam
yang amat takut dengan konsep Hudud dan negara Islam PAS akan menganggap
Wasatiyyah ini adalah jalan keluar bagi orang bukan Islam. Namun ianya ternyata
hanyalah omongan kosong belaka kerana di sebalik konsep ini banyak penipuan
yang diaturkan oleh pihak kerajaan untuk memastikan orang bukan Islam
disenyapkan secara total.
Sokongan yang
diberikan oleh para Raja Arab dan ilmuan dari timur tengah juga amat membimbangkan
seolah-olah mereka ingin meluaskan fahaman “Islam” mereka yang berbeda dengan
fahaman Islam Melayu yang dianuti di Malaysia. Apakah konsep Wasatiyyah dan
Hadhari ini agenda pihak Timur Tengah yang diketuai oleh Arab Saudi untuk
memastikan Malaysia berada di dalam konsep moraliti Islam yang mereka telah
ubah-ubahkan.
Sebagai rakyat
Malaysia yang inginkan keamanan dan menolak kepura-puraan, kita haruslah
bangkit dan menentang konsep songsang yang dibawa dari Tanah Arab ini kedalam
negara kita. Kita sudah biasa dengan Islam yang dahulu dan boleh hidup
bersama-sama orang Islam dengan baik. Kenapa perlu konsep Islam yang baru ini
diketengahkan untuk diabadikan bersama Islam yang sedia ada.
Ayuh rakyat
Malaysia! Kita bangkit dan beritahu kepada pemimpin kita sekarang bahawa Islam
Wasatiyyah ini bakal dijadikan medium rasis yang boleh menghancurkan
keharmonian rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Justeru itu marilah
kita berdoa bersama-sama agar Malaysia terperlihara dan tidak disabitkan dengan
kepura-puraaan yang dibawakan oleh orang Arab yang terkenal dengan konsep
Taqiyyah (Penipuan) mereka.
No comments:
Post a Comment