In Allah We Trust

In Allah We Trust
A New Hope

Monday, April 21, 2014

GST: Apa Yang Menteri UMNO & KERAjaan BN Tidak Mahu Rakyat Tahu. (Siri 1)


GST sememangnya satu skim penipuan terancang oleh pihak KERAjaan Malaysia. Ini dapat dilihat apabila majlis penerangan yang dibuat telah gagal untuk meyakinkan rakyat Malaysia dari segenap umur tentang perlunya GST. CU4M ingin membongkar penipuan jijik ini dan mengajak rakyat bersama-sama menentang skim hina ini. Mari kita menilai antara cakap kosong pemimpin BN dan juga fakta sebenar yang disorokkan.

Fakta KERAjaan:   GST perlu kerana kita perlu memperbaiki rating, untuk meningkatkan kredibiliti           KERAjaan di mata dunia.

Fakta Sebenar    :      Sejak bila KERAjaan Malaysia perlu memperbaiki rating semata-mata untuk meningkatkan ekonomi negara? 57 tahun Malaysia merdeka, tidak pernah kita sebegitu teruja untuk memuaskan nafsu para pengira rating. Semasa zaman Tun Dr Mahathir sekalipun kita tidak pernah bergantung kepada rating untuk maju dalam bidang ekonomi dan pembangunan negara. Kenapa perlu rating yang baik sekarang? Rating yang baik diperlukan untuk menampakkan Malaysia adalah sebuah negara yang berdaya saing walaupun hakikat sebenarnya kita telah lama tumpas ditangan negara lain. Rating diperlukan agar kerajaan akan berupaya meminjam duit dari negara atau syarikat atau orang tertentu. Kenapa perlu pinjam duit? Oleh kerana sudah terlalu boros, KERAjaan Malaysia gagal untuk terus menjaga ekonomi dan kini perlu MEMINJAM WANG DARI NEGARA LAIN! Kita semakin bankrap!


Fakta KERAjaan: GST akan hanya akan dilaksanakan pada April 2015.

Fakta Sebenar:     Kepala Hotak Para Menteri BN, sekiranya mereka fikir tidak ada peniaga yang akan mengambil kesempatan dengan skim cepat kayakan menteri BN ini. Satu contoh, sekiranya anda pergi ke pusat kesihatan di Setia City Mall, Klang, Selangor di sana anda akan dikenakan GST. Sudah berapa ramai rakyat yang telah tertipu dengan perkara ini. Aduan telah dibuat kepada KPDNKK. Tapi apa yang berlaku adalah, aduan hanya disapu dibawah karpet mahal Sri Perdana (rumah rasmi Najib Razak). Tiada tindakan diambil langsung. Padan muka bangsat-bangsat yang menyokong BN dan UMNO!

Fakta KERAjaan:  Singapura dan negara maju lain dah lama kenakan GST, kenapa kita buat tak boleh?

Fakta Sebenar: Menteri Kewangan Kedua Malaysia  adalah lelaki yang berotak kosong. Sama seperti Datuk Seri Joker Jongos (JJ) yang telah dihantar ke Amerika, beliau adalah seorang yang tidak tahu akan keadaan dunia walaupun maklumat dihujung jari. Singapura ada hasil apa? Malaysia dengan sawit, getah, padi, minyak petrol dan banyak lagi (just to name a few). Mana pergi duit rakyat? Kenapa perlu lagi tekan rakyat Malaysia. Minyak naik kami diam.... (ada yang bising, tapi kejap je lah) Ni nak GST lagi, makan batu ngan siput (seperti di rancangan Bersamamu TV3) nanti jadinya kita di Malaysia.

Fakta KERAjaan: GST boleh mengukuhkan kewangan negara.

Fakta Sebenar: Cerita dulu pasal bangunan yang Khazanah sewa di Amerika Syarikat dulu. Berapa banyak 1MDB habiskan untuk projek yang tidak nampak hasilnya. Kenapa KERAjaan UMNO BN ada buat akaun di Cayman Island? Duit GST ke yang digunakan untuk ganti balik wang yang digunakan di sini?

Bersambung di kemudian hari.... LAWAN TETAP LAWAN!!!!!!!!!!!!



No comments:

Post a Comment