In Allah We Trust

In Allah We Trust
A New Hope

Monday, February 24, 2014

Jangan Takut, Anwar Ibrahim Tetap Bersama Gereja.



Pemimpin di dalam negara majmuk seperti Malaysia perlulah mempunyai prinsip keutuhan persaudaraan sesama rakyat. Ini lah yang ditunjukkan oleh Anwar Ibrahim, seorang pemimpin yang memahami ertikata sebenar perjuangan rakyat Malaysia.



Teringat lagi penulis akan ucapan yang telah beliau sampaikan di dalam sebuah gereja di Kajang. Beliau menyatakan bahawa usahanya tetap bersama gereja dalam memastikan kaum minoriti yang selama ini ditindas di negara ini dapat maju dan makmur bersama-sama kaum majority yang memegang segala macam kekayaan.

Sifat seorang lelaki Islam yang berjiwa besar seperti Anwar Ibrahim perlulah di amati dan di ikuti oleh setiap pemimpin dan rakyat di Malaysia. Kita dijadikan oleh Tuhan yang sama untuk menginjak bumi yang sama. Lantas, adalah benar bagi kita untuk bersama-sama hidup dalam keadaan harmoni dan aman.

Kerajaan Barisan Nasional telah sekian lama menindas rakyat terutamanya kaum minoriti. Kita kehilangan banyak peluang dan ruang untuk maju. Kerana ini kita menjadi lebih miskin dan sukar untuk mengumpul kekayaan di bumi bertuah ini.

Anwar Ibrahim mengerti bahawa Kristian itu adalah agama pembebas. Memberi pembebasan kepada setiap orang yang mencintainya. Setiap orang yang mengenali injil dan mempelajarinya akan faham dan sayangkan agama Kristian. Itu lah yang terjadi kepada Anwar Ibrahim.

Semasa dipenjara oleh Diktator Tun Dr Mahathir, beliau telah mengkaji Injil dan akhirnya jatuh cinta kepada agama ini. Sungguhpun tidak menganuti agama Kristian, Anwar Ibrahim faham akan ketelusan agama ini. Perbedaan anatara orang Kristian dan Anwar Ibrahim hanyalah kerana Anwar belum lagi berbaptis.


Kami menyeru, agar keseluruhan pengundi di Kajang untuk memberikan sokongan padu kepada Anwar Ibrahim. Berikan dia peluang untuk berbakti di negeri Selangor.

Edward Hassan (35 Tahun)
Dibaptis pada 5 Disember 2001

No comments:

Post a Comment