Apa khabar rakan-rakan di CU4M,
Saya ingin menyatakan pendapat saya tentang hudud yang bakal di implementasi di Malaysia. Pada harapan saya sebagai seorang rakyat Malaysia yang menetap di Indonesia, ianya adalah satu gerakkan yang teramat salah.
Saya selama ini merasakan PAS telah berubah karena telah bersama PKR dan DAP yang tampak lebih liberal dan sekular, namun sangkaan kita meleset kerana PAS masih lagi bersifat ekstremist yang tidak mahukan perubahan. PAS adalah sebuah parti yang serupa dengan Taliban di Afghanistan. Percayalah, satu hari nanti di Kelantan (Tempat paling kuat sokongannya) tidak ubah seperti di Afghanistan yang mundur dan tidak mempunyai apa-apa kemajuan. Bukan saya katakan Islam itu mundur, tetapi jika Islam mahu maju mereka haruslah melihat tokoh-tokoh yang hadir di zaman sebelumnya.













