In Allah We Trust

In Allah We Trust
A New Hope

Tuesday, May 6, 2014

Hudud Adalah Kesaksian Yang Salah Dalam Islam.


Apa khabar rakan-rakan di CU4M,

Saya ingin menyatakan pendapat saya tentang hudud yang bakal di implementasi di Malaysia. Pada harapan saya sebagai seorang rakyat Malaysia yang menetap di Indonesia, ianya adalah satu gerakkan yang teramat salah.

Saya selama ini merasakan PAS telah berubah karena telah bersama PKR dan DAP yang tampak lebih liberal dan sekular, namun sangkaan kita meleset kerana PAS masih lagi bersifat ekstremist yang tidak mahukan perubahan. PAS adalah sebuah parti yang serupa dengan Taliban di Afghanistan. Percayalah, satu hari nanti di Kelantan (Tempat paling kuat sokongannya) tidak ubah seperti di Afghanistan yang mundur dan tidak mempunyai apa-apa kemajuan. Bukan saya katakan Islam itu mundur, tetapi jika Islam mahu maju mereka haruslah melihat tokoh-tokoh yang hadir di zaman sebelumnya.



Tidakkah orang Islam pernah berfikir adakah umat Islam di zaman Ibnu Sina, Al-Khawarizmi, Al-Jabbar dan para saintis hebat, mempunyai pemikiran seperti mereka? Adakah Ibnu Sina hidup dalam keadaan hudud di laksanakan. Boleh dikatakan Hudud hanya dilaksanakan pada zaman Muhammad dan empat khalifahnya sahaja. Selepas itu tiada lagi yang menjalankan hukuman hudud.
Katanya penyebar Ilmu Agama. Agama apa yang gelak ketawa sahaja? Malu Islam kerana penceramah seperti ini. Kami orang Kristian sudah lama membuang sifat-sifat penceramah seperti ini. 

Oleh kerana orang Islam pada zaman ini kurang membaca dan mengkaji, mereka menjadi terlalu malas dan terpesona dengan hiburan. Lihatlah, ceramah agama mereka pun gelak ketawa. Agama Islam adalah agama mainan di abad akhir ini. Saya sebagi orang Kristian amat sedih dengan keadaan ini. Kita hidup di Nusantara. Tak kira Islam atau Kristian perlu bersatu, sebagai Ahli Kitab. Kita perlu lupakan semua yang berlaku di barat atau arab. Ini tanah kita Nusantara, buat apa kita hendak pecah belahkan lagi orang-orang kita kerena agama?
Yang berdiri ini artis komedi. Kalau artis komedi boleh bagi ceramah agama, agama apa yang diceramahkan? Islam itu lucu? Anda hayatilah. Potong tangan manusia lain tidak lucu. 

Orang Islam perlu sadar segera, ini kerana musuh kita di Nusantara sudah datang. Amerika sedang melihat apa yang berlaku di sini. Jika kita masih lagi terbuai dengan penipuan golongan agama maka hancurlah kita semua. Golongan Agama yang berinstitusi seperti golongan pendakwah penipu hadir dalam semua agama. Tetapi kita tidak perlu leka dengan keadaan sekeliling.

Saya harap orang Islam tidak terpedaya karena kita semua adalah satu susur galur. Sebelum Islam dan Kristian datang ke tanah kita, kita sudah bersaudara, dan kini, kita masih bersaudara. Jangan terpedaya wahai para saudara ku.

Alan Artowo
Jakarta, Indonesia

**Sebarang e-mail yang disiarkan oleh kami, tidak semestinya dianggap dari kami. Ini adalah pendapat peribadi para pembaca. -Admin CU4M-

No comments:

Post a Comment