In Allah We Trust

In Allah We Trust
A New Hope

Thursday, May 15, 2014

Trojan Horse: Mungkinkah terdapat agen-agen UMNO di dalam Pakatan Rakyat?


Masalah politik Malaysia yang sering dilihat terpalit dengan kekotoran adalah berpunca dari pihak-pihak yang diletakkan di dalam parti lawan untuk memusnahkan dari dalam.

Saya merasakan bahawa perkara ini terlah berlaku sejak dari zaman pemerintahan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sehinggalah sekarang. Namun itu hanya pandangan peribadi saya sebagai seorang rakyat Malaysia.

Bukan sahaja UMNO yang meletakkan agen-agen mereka di dalam Pakatan Rakyat, tetapi terdapat juga agen-agen Pakatan Rakyat yang diletakkan di dalam UMNO/Barisan Nasional. Ini kerana terlalu banyak perkara yang berlaku di dalam senario politik Malaysia yang membuatkan kita terfikir akan permainan politik para politikus Malaysia.

Rakyat Malaysia perlu berfikiran terbuka. Bebaskan minda dari konsep kepartian. Sebelum kita bicara tentang hak asasi, maka perlulah kita berbicara tentang kebebasan berfikir dahulu.

Muniandy Pillai S/O Sathya Pillai
Kota Tinggi,
Johor Malaysia.

No comments:

Post a Comment