In Allah We Trust
Sunday, May 4, 2014
Wanita kongsi kisah kesembuhan atas bantuan doa Yohanes Paulus II
COSTA RICA: Floribeth Mora Diaz berusaha menahan air mata pada April 24 lalu ketika dia menyatakan bahawa tiga tahun lalu, mendiang Paus Yohanes Paulus II telah menyelamatkan dia dari penyakit aneurisma otak yang tidak dapat dibedah.
Mora merupakan antara umat yang menghadiripi upacara bersejarah hari Minggu di Dataran Sto Petrus di mana Paus Fransiskus memberikan kanonisasi kepada mendiang Paus Yohanes Paulus II dan Paus Yohanes XXIII.
Ibu kepada empat orang anak dari Costa Rica itu berhadapan dengan media dunia bagi menjelaskan bagaimana dia mengalami kesembuhan dengan menjelaskan di mana mukjizat itu menyebabkan Paus Yohanes Paulus II mendapat gelar orang kudus (santo).
Dua mukjizat telah dikaitkan dengan perantaraan Yohanes Paulus II dengan campur tangan Tuhan, membuka jalan bagi dia menjadi santo.
Pada tahun 2011, Mora menderita sakit kepala terus-menerus dan diberitahu oleh doktor bahawa hari-harinya hanya menunggu waktu untuk mati. Mereka mengatakan aneurisma “otak” yang dideritainya tidak dapat dibedah dan satu-satunya pilihan berubat ialah dia harus ke Mexico atau Cuba, tetapi keluarganya tidak mampu.
“Para doktor mengatakan kepada saya tidak ada gunanya untuk melanjutkan rawatan kerana mereka telah melakukan segala sesuatu serta mengesahkan bahawa saya hanya ada sebulan lagi untuk hidup serta tidak ada harapan lagi.”
Sejak itu, Mora hanya terbaring di atas katil, memegang sebuah majalah dengan foto Paus Yohanes Paulus II di rumahnya di Tres Rios de Cartago, 12 kilometer dari ibukota San Jose.
Suaminya, Edwin, mendorongnya untuk terus berdoa. Menurut Edwin, mukjizat kesembuhan yang dialami Mora sangat mengagumkan sehingga ramai orang yang datang ke rumah mereka untuk meminta penjelasan. Kisah kesembuhan Mora juga mendapat perhatian positif daripada orang ramai.
Mora yang datang ke Vatikan turut membawa sebuah beg yang penuh dengan surat untuk Paus Fransiskus. Di antara surat yang dibawanya ialah permintaan seorang wanita menderita strok, seorang anak berusia lima tahun yang mempunyai ketumbuhan di otak, bayi yang dipasang wayar di seluruh badannya dan seorang wanita hamil mengandung anak berpenyakit. --Ucanews/CNA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment