Isu berkenaan adanya DNA babi di dalam coklat Cadbury sememangnya telah menggemparkan penduduk Islam di Malaysia. Babi di dalam agama Kristian juga dikategorikan sebagai binatang kotor, “unclean animal” yang disebutkan di dalam old testament. Babi diharamkan kepada orang Yahudi atas beberapa dasar yang ditetapkan oleh Tuhan.
Namun
begitu, penggunaan babi di dalam di dalam produk digunakan dengan sangat
meluas. Dari produk kesihatan hinggalah ke produk makanan, babi dan produk
berasaskan babi digunakan oleh pelbagai pengeluar untuk tujuan tertentu. Malah,
babi juga telah dijadikan vaksin untuk penyakit-penyakit. Vaksin ini disuntik
kedalam badan manusia untuk dijadikan pelali bagi penyakit yang berbahaya.
