In Allah We Trust

In Allah We Trust
A New Hope
Showing posts with label Dyana Sofea. Show all posts
Showing posts with label Dyana Sofea. Show all posts

Sunday, June 8, 2014

Untuk Babi atau Untuk Tidak Babi? Itulah persoalannya.


Isu berkenaan adanya DNA babi di dalam coklat Cadbury sememangnya telah menggemparkan penduduk Islam di Malaysia. Babi di dalam agama Kristian juga dikategorikan sebagai binatang kotor, “unclean animal” yang disebutkan di dalam old testament. Babi diharamkan kepada orang Yahudi atas beberapa dasar yang ditetapkan oleh Tuhan.
                Namun begitu, penggunaan babi di dalam di dalam produk digunakan dengan sangat meluas. Dari produk kesihatan hinggalah ke produk makanan, babi dan produk berasaskan babi digunakan oleh pelbagai pengeluar untuk tujuan tertentu. Malah, babi juga telah dijadikan vaksin untuk penyakit-penyakit. Vaksin ini disuntik kedalam badan manusia untuk dijadikan pelali bagi penyakit yang berbahaya.

Tuesday, May 13, 2014

Siapakah Dyana Sofea? Benarkah beliau adalah seorang sleeping agent UMNO?


Saya mendapat berita bahawa Dyana Sofea yang merupakan PA kepada YB Lim Kit Siang akan bertanding di Parlimen Teluk Intan tidak lama lagi.

Tetapi ini merunsingkan kami kerana terdapat banyak berita yang mengatakan bahawa Dyana Sofea merupakan salah seorang "sleeping agent" UMNO yang diletakkan di dalam DAP. Adakah perkara ini benar? Sekiranya ia benar maka kita wajar mengambil tindakan.

Dyana Sofea merupakan seorang alumi UiTM Shah Alam adalah anak kepada salah seorang pemimpin UMNO Bahagian. Namun khabar angin yang mengatakan bahawa beliau adalah agen UMNO benar-benar menakutkan rakyat.

Kami juga berharap pihak UMNO dan Barisan Nasional menarik balik semua agen-agen yang ditempatkan di dalam Pakatan Rakyat. Perkara tidak beretika ini harus dihentikan dengan segera. Rakyat memerlukan Pakatan Rakyat sebagai pejuang keadilan dan demokrasi. Janganlah UMNO/BN mengotorkan perjuangan suci Pakatan Rakyat dengan taktik-taktik kotor mereka.

Anthony Ang Ker Soon
Selayang, Selangor.