In Allah We Trust

In Allah We Trust
A New Hope

Sunday, June 8, 2014

Untuk Babi atau Untuk Tidak Babi? Itulah persoalannya.


Isu berkenaan adanya DNA babi di dalam coklat Cadbury sememangnya telah menggemparkan penduduk Islam di Malaysia. Babi di dalam agama Kristian juga dikategorikan sebagai binatang kotor, “unclean animal” yang disebutkan di dalam old testament. Babi diharamkan kepada orang Yahudi atas beberapa dasar yang ditetapkan oleh Tuhan.
                Namun begitu, penggunaan babi di dalam di dalam produk digunakan dengan sangat meluas. Dari produk kesihatan hinggalah ke produk makanan, babi dan produk berasaskan babi digunakan oleh pelbagai pengeluar untuk tujuan tertentu. Malah, babi juga telah dijadikan vaksin untuk penyakit-penyakit. Vaksin ini disuntik kedalam badan manusia untuk dijadikan pelali bagi penyakit yang berbahaya.
                Terbaru, Kementrian Kesihatan Malaysia telah mengesan Procine, salah satu unsur babi DNA babi di dalam makanan coklat Cadbury. Perkara ini mengejutkan bagi sebuah Negara yang penduduk Islam merupakan majoriti. Coklat Cadbury di jual dan dihidangkan kepada pelanggan Islam dengan meluas, yang paling penting sijil halal JAKIM tertera di atas setiap produk Cadbury.
                Mungkin apa yang dialami oleh Syarikat Cadbury adalah daripada unsur khianat oleh syarikat-syarikat atau pihak tertentu yang ingin menjatuhkan Cadbury. Bayangkanlah sekiranya benar-benar Cadbury mempunyai DNA babi, maka boleh dikatakan seluruh umat Islam di Malaysia telah memakan babi. Ini merupakan pantang yang terbesar bagi umat Islam di seluruh dunia. Babi dianggap jijik malah lebih teruk dari arak dan mana-mana dosa lain.
                Pada pendapat kami di CU4M kajian yang dilakukan oleh KKM tidak selari dengan JAKIM menunjukkan bahawa sistem piawaian sijil halal perlu diperbaiki dengan lebih baik. Ini juga mungkin ada unsur rasua atau peras ugut dari mana-mana pihak. Sebagai syarikat coklat terbesar di Malaysia, Cadbury selalu dijadikan bench mark atau batu pengukur dari sudut kualiti dan pemasaran besar rangkaian makanan di Malaysia.
                Beberapa pihak telah mengemukakan pendapat bagi perkara ini, termasuklah chef terkemuka Malaysia, Chef Wan, yang telah membuat satu kenyataan menghentam orang Islam yang sering memomokkan rakyat Malaysia tentang pengharaman dan keburukkan babi. Kami setuju dengan pendapat Chef Wan kerana sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum, kita harus menghormati citarasa makanan dan juga gaya hidup orang yang bukan seagama dan sebangsa dengan kita. Babi mungkin haram dan buruk untuk orang Islam, tetapi berjuta lagi rakyat Malaysia yang menjadikan babi sebagai makanan harian. Perkara ini menganggu gugat hati dan perasaan kaum-kaum lain di Malaysia.
                Babi merupakan sumber protein tertinggi di Malaysia, ini kerana walaupun dianggap haram disisi Islam, penternakan babi dibenarkan atas permintaan yang amat tinggi dari golongan bukan Islam di Malaysia dan seluruh Asia Tenggara. Islam melarang babi dimakan, tetapi apakan perasaan orang Islam jika kita memomokkan pemakanan budu dan cincalok yang lebih busuk dan menjijikkan. Apa kah umat Islam tidak terasa sedih dan marah apabila penganut agama Hindu pada satu ketika dulu bangkit dan mempersoalkan sembelihan daging korban Lembu di Malaysia. Ini adalah satu contoh yang sama jika ingin dibandingkan betapa sensitifnya rakyat Malaysia tentang topik pemakanan.
                Oleh itu sebagai rakyat Malaysia, sungguhpun sesuatu perkara itu jijik bagi kita, ia merupakan satu rezeki untuk orang lain. Kita sebagai manusia harus menerima ketentuan ini. JAKIM pula perlu segera memperbaiki pensijilan halal mereka kerana isu yang dibangkitkan ini menyebabkan rasa tidak senang sebahagian rakyat apabla makanan mereka dijadikan bahan ejekkan oleh rakyat yang lain.
                Kami faham akan betapa sensitifnya umat Islam dengan perkara haram. Namun perasaan hormat itu perlu dipupuk agar, tidak berlaku salah faham dan mengguriskan hati rakyat Malaysia yang lainnya.

Chris Omar Darson

Editor CU4M

No comments:

Post a Comment