In Allah We Trust

In Allah We Trust
A New Hope
Showing posts with label Malaysia aman tanpa GST. Show all posts
Showing posts with label Malaysia aman tanpa GST. Show all posts

Monday, April 21, 2014

GST: Apa Yang Menteri UMNO & KERAjaan BN Tidak Mahu Rakyat Tahu. (Siri 1)


GST sememangnya satu skim penipuan terancang oleh pihak KERAjaan Malaysia. Ini dapat dilihat apabila majlis penerangan yang dibuat telah gagal untuk meyakinkan rakyat Malaysia dari segenap umur tentang perlunya GST. CU4M ingin membongkar penipuan jijik ini dan mengajak rakyat bersama-sama menentang skim hina ini. Mari kita menilai antara cakap kosong pemimpin BN dan juga fakta sebenar yang disorokkan.

Fakta KERAjaan:   GST perlu kerana kita perlu memperbaiki rating, untuk meningkatkan kredibiliti           KERAjaan di mata dunia.

Fakta Sebenar    :      Sejak bila KERAjaan Malaysia perlu memperbaiki rating semata-mata untuk meningkatkan ekonomi negara? 57 tahun Malaysia merdeka, tidak pernah kita sebegitu teruja untuk memuaskan nafsu para pengira rating. Semasa zaman Tun Dr Mahathir sekalipun kita tidak pernah bergantung kepada rating untuk maju dalam bidang ekonomi dan pembangunan negara. Kenapa perlu rating yang baik sekarang? Rating yang baik diperlukan untuk menampakkan Malaysia adalah sebuah negara yang berdaya saing walaupun hakikat sebenarnya kita telah lama tumpas ditangan negara lain. Rating diperlukan agar kerajaan akan berupaya meminjam duit dari negara atau syarikat atau orang tertentu. Kenapa perlu pinjam duit? Oleh kerana sudah terlalu boros, KERAjaan Malaysia gagal untuk terus menjaga ekonomi dan kini perlu MEMINJAM WANG DARI NEGARA LAIN! Kita semakin bankrap!