In Allah We Trust

In Allah We Trust
A New Hope

Saturday, March 22, 2014

Undi Wan Azizah Adalah Jihad Untuk Kita Semua.


Demi Allah, Anaknya Yesus dan Ruhul Kudus! Marilah kita bersama-sama menyokong dan memberikan semangat kepada Sri Kandi Negara Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail. Semoga Allah memberikannya kemenangan. Semoga Allah memberikannya sokongan yang teramat padu daripada para pengundi di N25 Kajanag Selangor , Darul Ehsan.

Seperti yang selalu kita canangkan Wan Azizah bukanlah sebarangan individu. Dari sudut peribadinya, dari sudut politiknya, beliau adalah seorang yang amat mulia. Banyak kerja-kerja kebajikan yang boleh beliau jalankan sekiranya terpilih sebagai Wakil Rakyat untuk N25 Kajang, Selangor.

Demi Allah bersatulah bangsa Malaysia.
Bersatulah demi menyokong KEADILAN dan KESAKSAMAAN! Undi anda kepada Wan Azizah Wan Ismail adalah undi yang akan menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional . Mengundi Wan Azizah adalah seperti mengundi kebaikan dan keselamatan negara. Maka ianya akan menjadikan kerajaan rakyat lebih hampir.
Jika Wan Azizah memenangi N25 Kajang, maka lebih mudah bagi kita untuk melaksanakan kerajaan Rakyat dengan lebih sempurna. Jika selama ini penduduk Selangor yang berada dibawah BN menderita, maka kini mereka akan terbebas dari penderitaan tersebut.
Seperti Nabi Musa dan anak-anak Israel kita bangkit dan terus bangkit menentang kejahatan kerajaan Firaun Barisan Nasional!
Jika anda pengundi Kajang, maka undilah Wan Azizah. Jika anda bukan pengundi Kajang, sampaikanlah berita gembira bahawa esok Wan Azizah akan menang pilihanraya Kajang. Dan sejuta rahmat akan dibawa oleh mereka.
Bagi orang Islam, marilah kita bangkit bersama-sama orang Kristian. Kita buktikan kita boleh bersatu padu walaupun berlainan agama dan bangsa. Demi Tuhan kita yang sama, mengundi Wan Azizah adalah jihad. Jihad yang akan membebaskan kita dari kerajaan Firaun Barisan Nasional!


12 comments:

  1. Allah tiada anak dan tidak diperanakkan

    ReplyDelete
  2. Alla itu Esa. Tidak beranak atau diperanakkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu pada pendapat Encik. Tapi pada pendapat kami Tuhan itu berhak untuk buat apa sahaja yang dia suka. :)

      Delete
  3. Saudara/ri yang dihormati,

    Berpijaklah di tempat yang nyata. Allah itu Esa. Allah tidak beranak atau diperanakkan. Dan tiada yang setara dengan kekuasaan-Nya. Sentiasalah hidup dalam keadaan harmoni saling hormat-menghormati satu sama lain. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adakah anda menidakkan kuasa Allah? Kalau dia mahu ada anak apa kuasa anda untuk menidakkannya? Orang UMNO seperti awak perlu sedar bahawa dunia ini bukan hanya ada Melayu UMNO sahaja. Pakatan Rakyat sudah sedar perkara ini kenapa tidak anda.

      Delete
  4. Jangan samakan Allah Tuhan orang islam tidak sama dengan tuhan orang kristian...
    Allah Tuhan Yang Maha Esa..yang hidup lagi kekal abadi yang mencipta 7 petala langit dan 7 petala bumi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isa kamu adalah Jesus kami.... Tuhan yang sama. Buka mata anda...

      Delete
  5. buka Al-Quran, fahamkan apa yang Allah cakap.
    Surah Al-Kafirun, muka surat 603 #PeaceNoWar :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buka Injil, fahamkan apa yang Allah cakap.

      Delete
  6. Astaghfirullahaladzim. Mohon tidak disamakan lagi Tuhan agama Islam dan Kristian. Mungkin ada perkara yg kita sependapat TAPI dalam Islam ALLAH adalah Tuhan Yang Maha Esa, tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Surah Al-Ikhlas. Maaf andai ada kata yang mengguris hati saudara/i

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menurut Injil Tuhan ada anak. Dan anaknya dihantar kan untuk menyelamatkan kita. Akhir zaman pun anaknya akan dihantar untuk menyelamatkan kita. Dalam Al-Quran tiada satu ayat pun yang kata Jesus/Nabi Isa akan kembali. Tetapi ianya ada di dalam Injil. Maka sedarlah, Anda pun pun sebenarnya percaya Injil yang kami percayai.

      Delete
  7. kalau tuhan boleh buat anak maka tuhan sama taraf dgn manusialah. kitab terakhir yg menjadi panduan bukan injil tp Al-quran.

    ReplyDelete