In Allah We Trust

In Allah We Trust
A New Hope

Sunday, July 20, 2014

Penembak MH17 Bukan Pengganas: Mereka Adalah Pejuang.


Seluruh negara berasa sedih dengan apa yang terjadi kepada penerbangan MH17 yang telah ditembak jatuh. Kami di Christian United For Malaysia amat bersedih diatas perkara ini. Lebih menyedihkan adalah ianya merupakan tragedi kedua yang terjadi melibatkan kapal terbang Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).
                Justeru itu kami telah menyalakan lilin untuk para penumpang dan krew kabin yang bekerja di dalam pesawat MH17 itu. Semoga mereka akan tenang di dalam pelukkan Yesus. Walau bagaimanapun terdapat banyak teori yang mengatakan tentang kemalangan yang benar-benar menyentuh hati rakyat Malaysia.
                Tidak kurang pula dengan mereka yang membela kerajaan Malaysia dan MAS yang sememangnya perlu dipersalahkan di dalam  perkara ini. Jika tidak kerana ketidak cekapan mereka dalam menjalankan tugas, bagaimana perkara ini boleh  terjadi sebanyak dua kali. Apakah pihak MAS terlalu ambil lewa tentang keselamat anak kapal dan krew mereka?
                Mungkin MAS yang cuai dan mungkin juga Kerajaan Malaysia yang cuai dan mungkin juga pilot penerbangan MH17 yang cuai. Segalanya berlaku sebegitu pantas dan akhirnya hampir 300 nyawa melayang. Ada pihak berpendapat bahawa pesawat itu ditembak kerana menjelajah ke dalam kawasan perang yang tidak selamat.

                Bagi pendapat penulis, kesilapan terbesar yang berlaku di sini bukanlah kesalahan para penembak tetapi ianya kesalahan yang dilakukan oleh diri kita sendiri. Sudah tahu ingin berlepas di dalam kawasan perang, megapa langkah-langkah keselamatan extra tidak diambil.
                Untuk pengetahuan umum, MH17 bukanlah ditembak oleh pengganas atau pemberontak tetapi ianya telah ditembak oleh pejuang yang berada di kawasan tersebut. Sempadan Ukraine dan Russia itu merupakan satu kawasan perang. Sudah tentu apabila berlaku lintasan kapal terbang ianya akan ditembak. Peluru tidak mengenal kawan dan lawan. Tetapi mengikut berita yang kami terima orang-orang yang berada dikawasan itu adalah penganut agama Kristian. Mereka tidak akan mencederakan sesiapa pun sekiranya diri mereka tidak diancam. Apakah kita telah melakukan kesilapan besar dalam menganilisa perkara ini.
                Kita tidak boleh menyamakan para pejuang di Ukraine dengan pengganas seperti OSAMA BIN LADEN dan gerombolan pengganas Islam yang menyerang dan membunuh orang tidak berdosa tanpa rasa bersalah. Pengganas menyerang orang lain dengan tanpa belas ihsan tetapi para pejuang seperti di Ukraine hanya bertindak balas dan bukannya mereka masuk dan menggangu negara orang lain.

                Kesimpulannya sebelum kita menghukum dan memarahi orang lain kita hendaklah berfikir dahulu sebelum kita melakukan apa-apa tindakkan yang boleh menghancurkan nama baik sesuatu kumpulan itu. Ya! Sekali lagi saya katakan bahawa memang sebanarnya kejadian ini satu kesedihan. Tetapi jangan lah kita terus menghukum dan menyalahkan orang lain kerana mungkin ianya merupakan kesalahan kita sendiri. 

Wahai Bapa yang berada di Syurga,
Selamat kanlah mereka,
Sambutlah mereka dengan tangan mu yang Suci,
Wahai Bapa yang Maha Penyelamat!

3 comments:

  1. mabuk ke? tulis ikut rasa tanpa usul periksa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg tulis ni babi..bkn manusia..tulis ikut suka bapak dia ja

      Delete