In Allah We Trust

In Allah We Trust
A New Hope

Monday, February 3, 2014

Pemerkasaan Bahasa Melayu Dalam Agama Kristian


Mengikut catatan sejarah, Bahasa Melayu telah menjadi Lingua Franca iaitu bahasa perantaraan yang digunakan oleh pelbagai bangsa sejak beratus tahun dahulu. Sebelum kedatangan Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun, Bahasa Melayu merupakan bahasa yang digunapakai oleh semua pihak yang menjejakkan kaki ke tanah ini.

Sungguhpun tulisan arab telah digunakan untuk menulis bahasa Melayu, ia tidak mengubah struktur dan penjelasan tentang bahasa tersebut. Sepertimana bahasa Inggeris yang merupakan bahasa dunia, kini bahasa Melayu telah dikembangkan dengan penambahan frasa-frasa atau bait-bait perkataan yang baru. Bahasa Melayu diceduk dan menceduk bahasa lain atas dasar pengembangan. Ini adalah sebab mengapa bahasa Melayu semakin mengembang dan kekal wujud sehingga sekarang.

Adalah tidak adil sekiranya Tanah Malaysia ini tidak memartabatkan bahasa Melayu. Ini kerana bahasa Melayu telah menjadi tali pengikat hubungan antara kaum sesama rakyat Malaysia.

Sungguhpun begitu, terdapat beberapa pihak yang merasakan bahasa Melayu tidak kompetitif dalam praktikaliti meghadap arus globalisasi. Dengan penetasan bahasa-bahasa ketiga yang menjadi popular adalah tidak wajar sekiranya bahasa Melayu dipinggirkan kerana kononya hanya boleh digunakan di Malaysia dan tidak di tempat lain.

Pada hemat kami di CU4M bahasa Melayu adalah satu bentuk bahasa yang berprestij tinggi. Bahasa Melayu telah terbukti mudah dipelajari dan di fahami bukan sahaja oleh orang asing dan orang tempatan yang bukan berbangsa Melayu atau Bumiputera.

Kalimah Allah yang ingin digunakan di dalam Bible Bahasa Melayu juga adalah satu pengiktirafan kepada Bahasa Melayu untuk menjadi bahasa perantara bukan sahaja dari sudut keagamaan tetapi juga di dalam sudut linguistik.

Malah, Datuk A. Samad Said juga menyokong penggunaan Kalimah Allah ini untuk orang bukan Islam kerana ia memartabatkan institusi kesusasteraan Melayu yang ingin diterjemahkan kepada dunia global.

Jika anda sayangkan Bahasa Melayu maka sokonglah Bible atau Injil yang diterjemahkan kedalam bahasa tersebut.

#Allah4Bible

No comments:

Post a Comment