In Allah We Trust

In Allah We Trust
A New Hope

Monday, February 10, 2014

Sultan Muhammad Al-Fateh, Perogol & Pemusnah Konstatinople.


**We received this article via E-Mail. We do not particularly agree with the statements made by the sender. It does not reflect our views on religion or Islam. This is just an e-mail sent to us by some of our ex-Muslims reader. Enjoy :) -Admin CU4M-

Salam para pembaca Christian United 4 Malaysia. Saya ada sedikit cerita untuk dikongsikan bersama para pembaca CU4M dan juga bekas-bekas Muslim di seluruh negara yang kita cintai ini. Pernahkah anda mendengar tentang Sultan Muhammad Al-Fateh. Kisah Sultan Muhammad Al-Fateh (dari zaman Kerajaan Turki Uthmaniyyah) merupakan salah satu wira-wira Islam yang telah diagungkan oleh para sejarawan Muslim modern. Namun begitu banyak lagi cerita benar yang tidak diketahui oleh para umat Islam.


Ada yang beranggapan Sultan Muhammad Al-Fateh memiliki peribadi sehebat Sultan Salahuddin Al-Ayubi (penakluk Jerusalem). Apa yang benar adalah Sultan Salahuddin Al-Ayubi mempunyai sifat yang tidak boleh dicapai oleh Sultan Muhammad Al-Fateh.

Memang benar Sultan Salahuddin Al-Ayubi adalah seorang pemerintah tentera yang baik dan sangat alim. Beliau melayan baik setiap tahanan perang dan tidak merogol atau membenarkan askarnya merogol perempuan di Jerusalem. Sultan Salahuddin Al-Ayubi diakui kebaikkan baginda apabila baginda tetap membenarkan orang bukan Islam terus beribadat di dalam Jerusalem mengikut kepercayaan masing-masing.

Apakah benar Sultan Muhammad Al-Fateh sebaik Sultan Salahuddin Al-Ayubi? Ataupun ianya adalah rekaan para peminat sejarah Islam untuk menyamakan Sultan Muhammad Al-Fateh dengan Sultan Salahuddin Al-Ayubi?

Para pembaca yang disayangi sekalian,

Saya telah menjejakkan kaki ke Kota Konstantinople sendiri dan di sana saya telah membuat kajian yang mendalam keatas keperibadian Sultan Muhammad Al-Fateh dan kemusnahan yang dibawakan oleh beliau kepada kota tersebut.

Saya dapati rata-rata sejarah sebenar mengatakan bahawa setibanya Sultan Muhammad Al-Fateh dan askar beliau ke Kota tersebut, Baginda mengarahkan kemusnahan yang amat dasyat kepada rakyat yang tidak berdosa. Baginda juga tidak melarang mana-mana tentera Islam untuk menangkap dan merogol wanita dan kanak-kanak yang tidak berdosa.

Selain dari itu, salah satu kerosakkan yang paling teruk adalah menukar Gereja yang telah dibina sekian lama oleh orang Kristian dan menjadi masjid. Orang Kristian pula dipaksa menukar agama kepada Islam tanpa rela hati. Selain itu anak-anak haram hasil dari pemerkosaan wanita-wanita Kristian pula dijadikan tentera Janissari oleh Sultan Muhammad Al-Fateh.

Sultan Muhammad Al-Fateh bukanlah pejuang suci yang disangkakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Dia adalah penjarah yang kejam. Lebih kejam dari Empayar Jepun yang pernah menjajah kita di Malaysia.

Sedarlah Sejarah Islam di Malaysia telah diubah untuk menampakkan hanya kebaikkan dan bukannya menceritakan kebenaran.

Jika ada muslimin yang tidak mempercayai perkara ini, sillalah buat kajian anda dengan mendalam. Sesungguhnya anda semua telah ditipu sejarahwan arab yang sememangnya suka menipu.

Terima Kasih CU4M atas kesudian membaca dan mungkin menyiarkan e-mail saya ini. Semoga umat Islam di seluruh Malaysia akan sedar akan kebenaran yang nyata ini.


Aina Sophia Edward
Dibaptiskan di Klang pada 22 Februari 2010.
Dilahirkan di Kok Lanas, Kelantan.




No comments:

Post a Comment