In Allah We Trust

In Allah We Trust
A New Hope

Monday, May 12, 2014

PKR Perlu Pemimpin Kristian


1 Malaysia merupakan konsep yang diperkenalkan oleh Dato' Seri Najib Tun Razak dengan hasrat bahawa Malaysia akan menjadi negara tanpa perkauman sebelum menjelang 2020. Ini menjadi satu azam bagi rakyat Malaysia dalam memastikan dasar kerajaan lebih terbuka kepada orang bukan Islam.

Sebagai seorang rakyat Malaysia, kita hendaklah memastikan bahawa aspirasi ini tercapai. Namun perkara ini tidak dikongsi oleh kebanyakkan parti di Malaysia. Walaupun pada dasarnya parti-parti ini bersifat sebagai parti nasionalist namun jarang ada yang benar-benar ingin melaksanakan dasar yang menolak 100% perkauman di Malaysia.

Antara parti popular yang menggunakan konsep kenegaraaan utama adalah:
1. Parti Keadilan Rakyat
2. Democratic Action Party (DAP)
3. Parti Gerakan (Gerakan)
4. Parti Sosialis Malaysia (PSM)

Kecuali PSM, selainnya tidak mengamalkan dasar keterbukaan yang boleh dibanggakan. Adalah dengan ini kami menyeru bahawa parti-parti ini berhenti menunding jari dari mengatakan bahawa Barisan Nasional itu rasis dan mula membuka ruang kepada penyertaan majmuk dikalangan kepemimpinan mereka. Adalah dengan ini kami berharap bahawa parti nasional benar-benar bersikap nasional.

Secara jujur, kami melihat bahawa PKR adalah calon paling sesuai untuk mengaplikasikan perkara ini. Adalah lebih baik PKR menggantikan Anwar Ibrahim yang sememangnya sudah lama berpolitik kepada seorang pemimpin Kristian atau agama lain.

Ini kerana seorang pemimpin Kristian bukan sahaja dapat membawa imej PKR yang lebih telus, tetapi ianya juga boleh menyelamatkan PKR yang didominasi oleh orang Melayu dan India kepada perjuangan yang lebih baik.

Kita dapat lihat bahwa UMNO dan BN sememangnya tidak boleh diubah. Tidak mungkin seorang bukan Muslim boleh dilantik menjadi pemimpin tertinggi UMNO dan BN. Ini disebabkan oleh kontrak sosial yang selama ini dijadiakan sumber rujukan ulung oleh para pemimpin parti-parti ini.

Lain dengan PKR yang mula mengorak langkah dari awal untuk menarik semua bangsa di Malaysia untuk bernaung dibawah pemerintahan yang lebih baik.


No comments:

Post a Comment