In Allah We Trust

In Allah We Trust
A New Hope

Monday, December 16, 2013

Gaji Pemimpin Naik Tapi Sambutan Christmas Di Subang , Selangor Hambar.


**We received an email pertaining a complaint from a Subang Jaya resident on their resentment towards Hannah Yeoh. This is purely his view and not of us. give us your feedback via email to us: darsonchris304@gmail.com

Salam Sejahtera Mr Darson dan para pejuang di CU4M,

Nama saya Tony Anak Gelanggang, berasal dari Sarawak dan telah menetap di Subang Jaya selama lebih dari 10 tahun. Saya juga pengundi yang berdaftar di Subang. Saya bekerja sebagai salesman di salah sebuah syarikat kenderaan di Subang Jaya.

Saya ingin menyuarakan pendapat saya terhadap kepemimpinan YB Hannah Yeoh. Sebelum ini saya merasakan YB Hannah Yeoh adalah seorang mubaligh yang sangat hebat. Beliau dan suaminya merupakan contoh kepada kami semua. Namun begitu setelah dua penggal Subang Jaya diperintah oleh parti DAP, saya merasakan kehadiran mereka sebagai pemimpin di sini tidak menjalankan tanggungjawab yang sepatutnya.

Pada saya, mereka terlalu banyak bercakap dan memperlekehkan kerajaan persekutuan tetapi mereka sendiri tidak bekerja untuk rakyat. Saya ahli parti DAP dan juga jentera pilihanraya semasa PRU-12 dan juga ke-13. Namun begitu, ternyata usaha kami untuk memartabatkan rakyat adalah satu usaha hambar.


Akibat melanggar lubang tersebut, motorsikal saya mengalami kerosakkan yang amat kronik lantas saya terpaksa menghabiskan sebanyak RM 500 untuk membaiki absorber dan rim motorsikal saya yang sudah rosak. Duit itu sepatutnya saya gunakan untuk membaiki wiring dan singki di rumah sempena sambutan Krismas nanti. Sekarang anak dan isteri saya bersedih kerana singki dan wiring di rumah saya masih belum dibaiki.

Untunglah YB Hannah Yeoh dapat naik gaji. Dia semakin kaya tetapi kami disini semakin miskin dan susah. Saya mahu tanya kepada YB Hannah Yeoh, apakah kebaikan yang pernah kamu lakukan kepada orang-orang miskin bandar di Subang Jaya? Kamu telah merosakkan hari krismas kami. Semoga Tuhan Yang Maha Esa akan mengampunkan dosa kamu kerana merosakkan kegembiraan kami.


Tony Anak Gelanggang,
Subang Jaya.


No comments:

Post a Comment