Tuhan Haron Di Dalam Kawalan Pihak Berkuasa |
Semalam kami para pengurus laman blog CU4M (Christian United For Malaysia) telah berjumpa dengan salah seorang bekas pengikut Tuhan Harun. Maka kami telah mendapati bahawa pengikut ajaran ini telah berkembang sekian lama.
Kami di CU4M sememangnya memahami bahawa setiap agama itu berhak mendapat kebebasan untuk menyebarkan dan mengaplikasikan agama mereka di dalam kehidupan seharian. Namun begitu apa yang telah dilakukan oleh para pengikut Tuhan Harun dalam usaha mereka bertindak balas terhadap pihak berkuasa amatlah tidak baik. Kami menentang apa jua keganasan di dalam beragama, tidak kira Kristian, Islam ataupun ajaran-ajaran lain.
Banjir masuk sehingga kedalam Masjid. |
Tuhan Harun asalnya dari Pahang, dan kebetulan Banjir yang besar yang sedang berlaku adalah di Pahang. Pengikut Tuhan Harun samada bekas ataupun masih mengamalkan ajarannya, mempercayai bahawa musibah yang melanda negeri tersebut adalah disebabkan oleh penangkapan Tuhan mereka.
Walaupun kami du CU4M tidak mempercayai perkara ini, elok rasanya kita berdoa kepada Tuhan kita yang Maha Esa untuk menyelesaikan hal banjir ini dan seterusnya menyelamatkan para mangsa banjir dari keadaan yang semakin meruncing ini.
|
|
"Wahai Bapa kami di Syurga,
Segala Pujian Adalah Kepada Mu,
Sehingga Hari Kami Dibangkitkan,
Segala Kehendak Mu Datang Jua,
Bagilah kami Rezeki Yang Banyak,
Ampunilah kami dari kesalahan,
Kerana kami jua mengampuni mereka yang bersalah dikalangan kami,
Dan janganlah Kau sesatkan hati kami,
Dan Selamatkan lah kami dari Kejahatan"
No comments:
Post a Comment