In Allah We Trust

In Allah We Trust
A New Hope

Sunday, December 29, 2013

The Malaysian Crusade: An open letter to Helen Ang.

DIA telah mati dan hidup semula untuk menyucikan dosa-dosa kita. Apakah kita tidak segan untuk membelakanginya. Demi Allah, Yesus dan Ruh Kudus. Terimalah Allah dan Yesus di dalam hatimu wahai Saudari Helen Ang.


*** Post kali ini ditulis dalam Bahasa Melayu agar dapat difahami oleh para peminat Helen Ang dan bagi yang merasakan beliau bercakap benar!

Apa khabar saudari Helen Ang, kami di Christian United For Malaysia berharap agar saudari Helen Ang dan keluarga sentiasa berada dalam keadaan aman dan sejahtera. Mungkin Saudari Helen Ang tidak mengenali kami di Christian United For Malaysia, namun, kami amat mengenali saudari dan benar-benar teruja dengan setiap "pendedahan" yang dikeluarkan oleh saudari di dalam blog saudari.

Saudari Helen,

Kami berandaian Saudari Helen adalah seorang yang beragama Kristian kerana di depan nama keluarga saudari, saudari menggunakan nama Eropah yang sinonim dengan agama Kristian. Adakah benar saudari seorang Kristian atau tidak kami tidak tahu. Namun sekiranya saudari adalah seorang Kristian, saudari telah mengkhianati agama ini yang seharusnya saudari bela. Sekiranya saudari bukan seorang Kristian, maka saudari telah melanggar hak asasi orang Kristian di Malaysia dan seharusnya menginsafi perbuatan saudari ini.

Apakah dengan menghina para pemimpin pembangkang yang beragama Kristian saudari puas hati? Apakah dengan menghina Hannah Yeoh, saudari mendapat kenikmatan sebagai seorang manusia? Apa salahnya YB Hannah berkhidmat untuk agamanya dan negaranya? Bukankah itu yang diminta oleh semua patriot negara ini? Pada kami yang sebenar-benar patriot di dalam dunia politik Malaysia pada masa kini adalah orang sepetri YB Hannah Yeoh yang bertungkus lumus memastikan nasib rakyat terus dibela.

Bertaubatlah Saudari Helen,

Kami percaya masih ada lagi sekelumit perasaan belas kasihan saudari Helen kepada manusia. Kami juga rasa bahawa saudari adalah seorang manusia yang baik, tetapi telah terpesong kerana godaan Syaitan yang menjadi musuh kepada kita semua tidak kira agama. Maka bertaubatlah saudari Helen, sebelum tiba masanya saudari berdepan dengan Tuhan dan diadili.

Semoga Saudari Helen dirahmati Allah,

Yesus itu adalah sumber keadilan, Allah sentiasa akan memaafkan makhluk ciptaanNya tanpa apa-apa syarat. Yang utama adalah taubat dan penyerahan secara total kepadaNya. Terima lah DIA di hati saudari, nescaya dia akan merahmati saudari dan menyelamatkan saudari dari kutukan dan penghinaan di dunia dan di alam barzakh nanti.

Perang Salib Untuk Malaysia,

Apa yang kami mahu sekiranya saudari setuju, bukanlah untuk berperang dari erti kata membunuh dan menyerang orang bukan Kristian di Malaysia. Peperangan yang kami maksudkan adalah peperangan terhadap kejahilan, kebatilan dan kemusnahan yang telah merosakkan negara ini selama pemerintahan para pemimpin yang ada sekarang.

Perang ini adalah untuk membasmi kebodohan dan keburukkan. Kami tidak berperang seperti mana yang terpahat di dalam kepala para penyokong kerajaan. Peperangan kami adalah dengan korupsi, nepotisme dan ideolisma jahat yang telah terbenam di dalam sanubari rakyat Malaysia.

Yesus adalah penyelamat!

YA! Yesus adalah penyelamat! Yesus adalah cahaya! Yesus akan menyelamatkan rakyat Malaysia dari kerosakkan. Inilah peperangan yang kita semua terpaksa hadapi setiap hari. Maka peperangan ini akan menjadi jalan kepada keselamatan rakyat negara ini.

Sertailah kami untuk Malaysia yang lebih baik!

Sertai lah kami Saudari Helen, hanya dengan cahaya Yesus Malaysia akan terselamt dari pelbagai bencana.
Hentikanlah serangan terhadap YB Hannah, kerana beliau adalah seorang yang berhati suci dan tidak pernah menganggu sesiapa pun. Sekiranya orang Islam ada hak untuk menyebarkan agama mereka, kenapa kami tidak?

Hentikanlah dari berbohong!

Saudari Helen, hentikanlah pembohongan dan mesej jahat saudari. Percayalah kata-kata kami, sekiranya saudari tersepit sekalipun, para pemimpin yang saudari bela tidak akan membantu saudari. Terimalah cahaya Yesus. Terimalah penyelamat agung ini. Nescaya kami akan sentiasa berada di belakang saudari dan selama-lamanya menjaga kebajikan saudari dan mempertahankan hak saudari.


Hallelujah


Salam Sayang dari

Admin dan Pengurusan Blog Christian United 4 Malaysia
In Allah We Trust
Kepada Allah Kami Berserah

30 Disember 2013

No comments:

Post a Comment