In Allah We Trust

In Allah We Trust
A New Hope

Thursday, December 12, 2013

Teresa Kok sedia lupa isu azan selepas Khir Toyo mohon maaf

Theresa Kok Sudah Bersedia Untuk Meneruskan Hidupnya Selepas Menerima Permohonan Maaf Daripada Datuk Seri Dr Khir Toyo.
Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok (gambar) bersedia untuk meneruskan kehidupannya selepas bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo memohon maaf di mahkamah terbuka hari ini berikutan tuduhannya terhadap Kok berhubung isu azan, lima tahun lalu.
"Ini sangat melegakan, selepas lima tahun berlalu. Ambil yang keruh, buang yang jernih. Biarlah kita teruskan dengan kehidupan kita sekarang," kata Kok kepada The Malaysian Insider.
Ahli politik DAP itu menarik semula saman yang difailkannya terhadap Khir selepas permohonan maaf itu.
Khir juga bersetuju untuk membayar kos guaman Kok.
Khir dalam permohonan maafnya di mahkamah terbuka berkata:"Saya, Khir Toyo, defenden pertama dalam kes ini, tanpa pengakuan terhadap tanggungjawab yang dianyatakan, ingin memohon maaf kepada YB Teresa Kok Suh Sian atas sebab penerbitan kandungan dalam blog saya, www.drkhir.com, pada 8 Julai 2008 seperti yang dinyatakan dalam kenyataan saman. Saya meluahkan rasa kesal ke atas kenyataan di dalam blog itu dan bersetuju untuk membayar kos guaman Teresa Kok."
Pesuruhjaya Mahkamah, Siti Khadijah Badjenid mencatatkan permohonan maaf itu.
Kok berkata:"Sejujurnya, saya sangat penat untuk masuk dan keluar mahkamah. Daripada mula lagi apa yang saya mahukan hanyalah kenyataan maaf.
"Oleh kerana beliau memohon maaf, saya gembira dan enggan membesarkan perkara ini," katanya dan menambah ini adalah kali pertama beliau bertemu Khir, selepas dua tahun.
Pada 2008, Kok memfailkan saman terhadap Khir dan Utusan Melayu Sdn Bhd sebanyak RM30 juta berikutan artikel disiarkan dalam blog Khir dan akhbar itu yang menuduh Kok cuba menghentikan laungan azan daripada sebuah masjid di Kinrara.
Kok menyatakan bahawa Utusan Melayu Sdn Bhd menggunakan kata-kata fitnah Khir dalam akhbar mereka pada tarikh 8 September 2008 dalam artikel "Ada usaha larang azan di masjid".
Dalam tuntutan samannya, Kok menyatakan tuduhan defenden tidak berasas dengan niat buruk yang sekali gus menuduh beliau bersifat perkauman dan anti-Islam.
Kok berkata, tuduhan itu menyebabkan beliau ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negero (ISA) pada 12 September 2008 yang memusnahkan reputasinya.
Kok dan Utusan Melayu mencapai satu persetujuan dan menarik balik kes saman masing-masing pada bulan lalu. – 10 Disember, 2013.

No comments:

Post a Comment