In Allah We Trust

In Allah We Trust
A New Hope

Tuesday, December 31, 2013

The Malaysian Crusade: Jangan Tipu Rakyat Malaysia Kembalikan Hak Kami!



Kehidupan sebagai seorang rakyat Malaysia sememangnya aman dan makmur. Sungguhpun begitu setelah 57 tahun diperintah oleh Barisan Nasional dan UMNO terlalu banyak hak rakyat telah diabaikan. Apakah kita masih mahu berdiam diri lagi?


Kita semua tahu tentang kejahatan yang dibawakan oleh pemerintah kita semua. Tidak perlu rasanya para pejuang admin di Cu4M untuk menceritakannya lagi. Namun apakah tindakan kita dalam memastikan rakyat Malaysia dapat layanan yang lebih baik?

Kita telah mendapatkan dirampas dari kemenangan dengan cara kotor di PRU-13 dan mungkin juga di PRU-14 taktik kotor akan digunakan lagi oleh para pemimpin negara ini. Oleh itu, kuasa rakyat hanya dapat dibuktikan dengan aktiviti jalanan. Pada malam tahun baru ini, rakyat Malaysia bersama-sama dengan rakan kita di dalam dan di luar negara akan menunjukkan kepada KERAjaan Malaysia bahawa suara kita lebih kuat dan lebih besar dari apa yang KERAjaan bayangkan.

Dengan nama Yesus kami bergerak. Dengan nama Yesus sebagai pelindung, kami berusaha! Semoga Yesus bersama kami dalam menghancurkan kejahatan di bumi Malaysia ini. Sedarlah wahai rakan dan taulan, masanya telah tiba. Malam ini di Dataran Merdeka dan Putrajaya kita akan menaikkan bendera baharu Malaysia. Kita akan melawan kejahatan ini dan memastikan kemenangan kebaikan.

Najib Razak! Pesanan kami di CU4M ingin mengingatkan bahawa anda adalah perosak kepada negara ini! Malam ini, BN akan tumbang untuk Selama-Lamanya.

LAWAN TETAP LAWAN.

Father Chris Darson Ponnadurai
Pengarah Christian United 4 Malaysia.

No comments:

Post a Comment