In Allah We Trust
Wednesday, January 29, 2014
Anwar Ibrahim Adalah Pembebas Rakyat Malaysia.
#prkkajang #anwar4kajang
Tidak perlu rasanya CU4M menulis panjang tentang ketokohan Anwar Ibrahim. Beliau bukan sahaja seorang pemimpin politik tetapi merupakan pemimpin yang tersohor yang dikenali seluruh dunia. Dunia mengiktiraf Anwar Ibrahim dan kebenaran ini yang cuba ditutup oleh pihak tertentu untuk menghalang pembebasan yang semakin dekat untuk rakyat Malaysia.
Hari pembebasan sudah dekat untuk Malaysia. Anwar Ibrahim akan sentiasa membantu kira tidak kira agama dan bangsa. Konsep satu Malaysia yang dicanang oleh PM Najib akan disempurnakan oleh Anwar Ibrahim tanpa menggunakan apa-apa konsultan.
Ya! Inilah harinya Anwar Ibrahim akan menang dan membentuk tapak pertama untuk kemasyuran rakyat Malaysia.
Kita semua yakin dengan Anwar Ibrahim. Seorang pemengang obor kebenaran. Semua rakan-rakan kita diseluruh dunia sudah bersedia dengan perubahan yang bakal dinikmati oleh kita di Malaysia. Rakan-rakan kita di Singapura contohnya, sudah bersedia untuk berarak dengan kemenangan apabila rakyat dapat menawan Putrajaya nanti.
Begitu juga dengan rakan-rakan kita di Filipina, Indonesia dan Thailand. Kita akan disatukan dengan nama Tuhan yang satu.
Semoga Yesus akan menjadi pelindung dan pemberi jalan kepada Anwar Ibrahim. Kami berdoa setiap hari agar Allah akan merahmati Anwar Ibrahim. Seorang pemimpin yang berusaha untuk mendapat kebaikkan di dunia dan di alam barzakh nanti..
Admin CU4M.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment