In Allah We Trust

In Allah We Trust
A New Hope

Thursday, January 2, 2014

Orang Nusantara Akan Jadi Lebih Baik Jika Bersama Yesus.



*** We got an e-mail from one of our readers in Sandakan, Sabah yesterday. This is wholly his opinion. We did not say this, but we sure think that a lot of Malaysian would benefit from his views.

Selamat Petang  Saudara-saudara ku,

Saya Johan Bidik dari Sandakan, Sabah amat meminati blog CU4M. Saya mengikuti perkembangan blog ini sudah dua minggu. Ikutkan, saya merasakan bahawa blog ini pandangannya sangat adil dan saksama. Bukan satu sahaja dihentam, semua pihak dihentam agar sedar akan diri mereka.

Untuk pengetahuan admin CU4M, saya adalah orang yang amat susah. Semasa saya berumur 15 tahun saya tidak tahu membaca dan menulis. Susah untuk saya mencari pekerjaan. Namun begitu selepas berjumpa dengan Father Edward di salah sebuah Gereja di Sabah, saya merasa bersyukur kepada Allah kerana telah dijumpakan dengan seorang manusia yang sangat baik hati.

Father Edward telah membantu saya untuk bersekolah semula dan kini saya pandai membaca dan menulis. Saya juga mahir menggunakan komputer dengan bantuan gereja. Setelah berjaya mendapatkan sijil SPM saya dapat bekerja sebagai sebuah kerani di Syarikat swasta.


Kini saya sudah berumur 28 tahun dan sudah mempunyai keluarga, segalanya dengan rahmat Tuhan dan bantuan dari pihak gereja.

Saya tidak minat politik mahupun pembangkang dan kerajaan. Cumanya saya rasakan adalah tidak adil sekiranya saudara-saudara saya di semenanjung diserang oleh mana-mana kerajaan. Orang Kristian telah banyak membantu golongan yang beragama lain. Mereka telah memberikan kita banyak ilmu dan cara untuk hidup. Kita perlu belajar dari orang Kristian. Bukannya memusuhi mereka.

Islam tidak perlu takut dengan kononya orang Kristian akan menarik anda masuk Kristian. Ini kerana mereka tidak pernah paksa walaupun telah berhabis banyak wang dan masa untuk kita. Orang Kristian suka mengumpul pahala dan bukannya bermusuh.

Saya sendiri tidak pernah dipaksa masuk Kristian, namun pada tahun 2009 saya dan seluruh ahli keluarga saya masuk agama Kristian kerana percaya akan hala tuju yang dibawa oleh mereka. Agama adalah jiwa, ianya tidak boleh dipaksa. Saya tidak memaksa keluarga saya untuk masuk Kristian, tetapi mereka sendiri hendak masuk dan merasai keajaiban Yesus alaihi salaam.

Yesus adalah anak Tuhan yang telah banyak berkorban untuk kita semua. Adalah sombong dan bongkak bagi saya untuk tidak menerima Yesus sebagai penyelamat saya.

Saya yakin Kristian adalah baik untuk nusantara. Sekiranya umat nusantara sudi untuk memilih Yesus secara total maka ianya lebih baik dari agama lain. Pendek kata, Yesus adalah penyelamat utama manusia. Kita tidak akan terbelenggu dengan doktrin-doktrin agama yang ganas dengan Yesus.


Oleh itu rakan-rakan marilah kita bersama-saa memilih Yesus sebagai penyelamat kita semua.

Johan Bidik
Sandakan Sabah Negeri DiBawah Bayu!


5 comments:

  1. Hi..Im coming with peace.. Kenapa hanya mahukan kalimah God ditukar kepada Allah? Kalimah lain seperti Jesus, David, John kenapa tidak mahu ditukar kepada Isa, Daud, Yahya. Dan perkataan-perkataan lain seperti Father, Sister kenapa tidak ditukar kepada bahasa Melayu atau Arab. Kenapa hanya kalimat God sahaja. Mohon penjelasan. Satu lagi, ya memang kami penganut Islam percaya bahawa Jesus Christ (Isa Al-Masih) adalah penyelamat di akhir zaman. Beliau akn turun membawa ajaran kebenaran. Bezanya kami menolak konsep Isa anak Tuhan. Bagi kami Isa Al-Masih seorang pesuruh Tuhan seperti nabi-nabi lain..Bagi kami Islam Tuhan itu satu dan Tunggal..Tidak ada bapa, ibu dan tidak mempunyai anak, mahupun isteri. Kami percaya sifat Tuhan tidak sama dengan sifat manusia sebab Dia yg menciptakan manusia dan alam semesta ini. Semoga penerangan saya ini sekadar memberi pengetauan kepada semua.. Ayuh kita buang rasa sengketa sesama kita rakyat Malaysia. Bersama2 kita hidup sbgai rakyat Malaysia yg matang dan menjadi contoh utk negara lain. :-)

    ReplyDelete
  2. Orang kristian borneo harus sedar satu fakta bahawa kristian di barat lebih awal dari kamu. mereka tidak guna Allah. malah mereka menghina Allah. bagi mereka Allah itu tuhan arab pagan. bagi mereka Allah itu 'moon god'. mengapa pula kristian di borneo mahu guna Allah ? apakah orang kristian borneo lebih betul dari kristian barat ? tidak mungkin kan. mereka lebih ori dari kamu. kamu harus perbetulkan diri kamu kepada yang ori iaitu tidak guna Allah. tidak salah kalau kamu buat pembetulan. mereka sudah lebih 2000 tahun. kamu baru lebih 400 tahun. ikutlah cara mereka. mereka tentu lebih benar dari kamu.

    ReplyDelete
  3. Org Kristian semakin celaru selepas menukar Old kepada New testement kini mereka kalangkabut mengenai istilah GOD dgn cuba menyemakan ALLAH bagi umat Islam....tidakkah ini memberi gambaran jelas bahawa umat Kristian di Malaysia khususnya telah hilang pegangan dan ajarannya sendiri...boleh mengubah mengikut selera dan nafsu mereka ...agama ini jelas agama menipu tidak punyai pendirian, kelabuasap dan berkeceramok....kalau dulu menganggap Tuhannya adalah Nabi Musa kini nak tambah GODnya pulak.......isu Kalimah ALLAH menjadikan agama ini sebagai agama boneka, agama tak tentu arah....

    ReplyDelete
  4. Kristian sekarang melalui jalan yg paling terdesak dan nazak....konon cuba menipu org Islam tetapi akhirnya menipu umatnya sendiri .. ramai penganut Kristian kini mempersoalkan kenapa Tuhannya sekian lama kian bertambah sedangkan dulunya tetap mengangkat Nabi Isla sahaja....begitupun mereka juga mula mempersoalkan tentang salib tu..siapakah yg sebenarnya di salib !!!

    ReplyDelete
  5. "Orang nusantara akan jadi lebih baik jika bersama jesus", tajuk yang baik tetapi mengarut. Ini kerana situasi sekarang sudah memperlihatkan orang-orang yang bertuhankan jesus tidak pernah menjadi satu masyarakat yang lebih baik daripada masyarakat Islam yang berTuhankan Allah, Tuhan sekelian alam. Orang-orang yang bertuhankan jesus sudah semakin terdedah kepada aktiviti songsang seperti perkahwinan sejenis dan keruntuhan moral yang amat dashyat sehingga dilihat sudah tidak mampu dibendung oleh kelompok mereka sendiri.

    ReplyDelete