In Allah We Trust

In Allah We Trust
A New Hope

Sunday, January 26, 2014

Kematian Harun Taib Membawa Seribu Makna Kepada Malaysia.



Mungkin ramai diantara kita yang tidak mengetahui siapakah sebenarnya Arwah Harun Taib. Ada juga diantara kita yang tahu siapa dia dan apa yang telah beliau lakukan untuk negaranya.

Izinkan kami di Christian United 4 Malaysia untuk menceritakan sedikit tentang perihal Arwah Harun Taib, beliau merupakan seorang pejuang rakyat dari Terengganu. Sememangnya semangat beliau dalam mempertahankan negeri Terengganu daripada terus dikuasai oleh Barisan Nasional sememangnya ditakuti oleh pihak lawan.

Beliau juga merupakan Ketua Dewan Ulama PAS Malaysia. Ilmu kerohanian Islam yang beliau ada sememangnya tinggi.

Namun begitu, ada beberapa ketika semasa hanyatnya beliau cuba untuk menentang kehendak rakyat dengan bersengkongkol dengan kemunafikkan Barisan Nasional. Ini berlaku apabila isu kalimah Allah dimainkan oleh konco-konco UMNO dan Barisan Nasional.

Mungkin juga pada masa itu Arwah Harun Taib sudah sakit dan tidak sedar akan tindakan yang telah beliau lakukan. Beliau dengan terang dan jelas menentang penggunaan kalimah Allah kepada orang bukan Islam.

Walauapapun hasilnya, kami akan berdoa kepada Jesus agar Harun Taib terus dirahmati dan disayangi di Syurga bersama dengan Allah.

Admin CU4M


No comments:

Post a Comment