In Allah We Trust

In Allah We Trust
A New Hope

Tuesday, January 7, 2014

NGO Sarawak lapor polis kenyataan ‘bughah’ Harussani

KUCHING 7 JAN: Dua NGO Sarawak hari ini membuat laporan polis menggesa mufti Perak Tan Seri Harussani Zakaria disiasat berhubung kenyataannya yang ‘menghalalkan darah’ peserta himpunan membantah kenaikan harga barang pada 31 Disember lalu
Jingga 13 Sarawak bersama Persatuan Anak Muda Sarawak membuat mendesak ‘fatwa songsang’ Harussanu disiasat kerana menghasut rakyat untuk melakukan kecederaan dan membunuh.
Laporan dibuat di Balai Polis Sentral Kuching pagi ini oleh setiausaha Jingga 13 Sarawak, Ramli Mahtar.
“Kenyataan ini merupakan satu hastan dan dorongan untuk melakukan keganasan, kecederaan termasuk untuk melakukan pembunuhan terutamanya terhadap mereka yang hadir di himpunan aman pada 31 Disember 2013 di Dataran Merdeka,” laporan dipetik.
Berita Harian 2 Januari lalu melaporkan Harussani sebagai berkata, semua peserta perhimpunan pada 31 Disember lalu sepatutnya ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan ‘dihalalkan darah golongan bughah (pemberontak)’.
Kenyataan mufti Perak itu mendapat kritikan hebat masyarakat, pertubuhan mahasiswa, parti politik, NGO dan ahli akademik kerana tidak peduli kepada rakyat yang terkesan akibat kenaikan harga barang dan perkhidmatan.
Harussani juga dilaporkan tidak berganjak dan tidak mahu meminta maaf atas kenyataan dangkalnya itu.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=58092

No comments:

Post a Comment