We would like to state our stand as a true Christian that this particular action by a construction company to discriminate women who wears hijab is not permissible in our country. In this majority Muslim country, we must attend to what is important to improve the sense of unity and pride in our country.
However, the act of this particular construction company is by far one of the worst act of racial hatred we have seen so far. This is also the same as the PTA of Nan Yang Chinese Primary School who insist that the Chinese Muslim teacher must take of her hijab before she can teach.
We condemn these act of racism and ask that our Christian brothers and sisters out there to respect our Muslim friends. We are not at war with them, even though sometimes we are butting heads with the government.
We must pressure all the Federal and State government to promote unity and peace among Malaysians. We also must educate Malaysians that we are one and racism cannot exist in our country.
Malaysia is a melting pot of cultures, religion and ideologies, to attack a person based on their rights of individuality is wrong. We asked that the singer Marinatasha Isnariah Mustapha would forgive those who transgress against her, and we pray that the CASTMET building company would throw away their racist perception towards Muslim women who wear the Hijab as they are practising their right and freedom of religion in this blessed country of ours.
We also would like to warn the Malaysian Insider news portal as they are defending the CASTMET construction company for their racist behaviour.
Official Statement Made By Marinatasha Isnariah Mustapha:
KENYATAAN MEDIA
DISKRIMINASI PENYANYI WANITA BERHIJAB
MARINATASHA ISNARIAH MUSTAPAR & PERSATUAN KARYAWAN MALAYSIA
KUALA LUMPUR – Selepas kontroversi seorang graduan Mira Kamil tidak diterima bekerja di Suria KLCC kerana bertudung dan seorang guru mualaf Choi Yi Shan, diarahkan untuk membuka tudung semasa mengajar di SJKC Nan Ya, diskriminasi yang sama dikenakan kepada seorang penyanyi profesional yang sepatutnya membuat persembahan di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara pada malam Sabtu lalu.
Marinatasha Isnariah Mustapar, 33, yang sepatutnya menyanyi bersama band Rufus dimalukan dengan diarahkan turun daripada pentas utama ketika majlis Makan Malam Tahunan CASTMET 2014 iaitu sebuah syarikat pemaju hartanah yang berpusat di Plaza Damas, Sri Hartamas. Arahan berbaur perkauman tersebut dikeluarkan oleh Pengarah Kewangan CASTMET, Shannon Yong.
“Saya rasa sangat malu kerana sudah bersiap sedia mengambil tempat di atas pentas dengan mikrofon. Saya terpaksa mengemaskan buku nota lirik dan membawa turun bersama note stand,” jelas Marina yang kecewa diaibkan di hadapan lebih kurang seratus tetamu pada insiden jam 8.00 malam tersebut.
“Semasa saya mengadakan latihan bersama pemuzik di studio Plaza Damas pada 16 Januari lalu, wakil CASTMET ada bersama dan mereka tidak pernah isukan mengenai tudung yang saya pakai. Hanya semasa hari majlis tersebut, Shannon isukan atas alasan tidak sesuai sedangkan ada tetamu yang datang berhijab.
”Di saat-saat akhir, Shannon Yong telah meminta seorang penyanyi gantian yang tidak bertudung dan meminta pengacara majlis Amber Wong mengambil alih tempat Marinatasha sebagai penyanyi utama sementara Marinatasha hanya dibenarkan berada di atas pentas sebagai penyanyi latar sahaja.
Artis Akademia Fantasia 8, Zafarina Jamhari atau Farina yang muncul kemudian sebagai penyanyi gantian menunjukkan rasa simpati dengan mengundang Marinatasha untuk naik ke atas pentas dalam persembahannya bagi menyanyikan dua buah lagu, “Someone Like You” dan “Price Tag”.
“Saya lihat tetamu tiada sebarang masalah dengan penampilan saya berhijab. Malah Pengerusi kumpulan syarikat CASTMET, Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor turut meminta saya menyanyi lagu tambahan,” jelas Marinatasha yang kemudian telah dimarahi Shannon setelah selesai persembahan tersebut.
Selesai persembahan tersebut Shannon kemudian telah memanggilnya di bahagian luar dewan kerana tidak berpuas hati dengan tindakan Marinatasha menyanyi dalam keadaan bertudung. Setelah melepaskan kemarahannya, Shannon meninggalkannya bersama Penolong Pengurus Pembangunan syarikat, Jaharudin Abdul Malek untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Bekas pelajar Akademi Seni Kebangsaan dalam bidang muzik dan vokal yang pertama kali menjadi mangsa rasis dan diskriminasi perkauman setelah 12 tahun bergiat dalam industri tersebut menyifatkan tindakan penganjur sebagai satu penghinaan terhadap agama dan kepercayaannya sebagai seorang Muslim.
“Kita berada di Malaysia bukan Amerika Syarikat. Malah Amerika Syarikat pun sudah menerima penyanyi Malaysia berhijab seperti Yuna. Apa masalah kita di Malaysia? Yang menyanyi mulut saya bukan tudung saya!” tegas Marinatasha yang telah membuat laporan polis di Balai Polis Sentul pada jam 2.40 pagi Ahad lalu selepas pulang dari majlis tersebut.
Presiden Karyawan, Dato' Freddy Fernandez yang menjadi hos sidang media tersebut berpendapat insiden tersebut tidak sepatutnya berlaku selepas 57 tahun usia kemerdekaan negara. "Ini juga merupakan satu pencabulan hak asasi yang dimiliki oleh Marinatasha. Jika dilihat situasi terkini, semakin ramai artis yang memilih untuk memakai hijab seperti Dato' Siti Nurhaliza, Yuna, Mizz Nina dan mereka semakin cemerlang meneruskan karier seni mereka. Tidak ada sebarang masalah tentang apa yang mereka pakai, yang paling penting adalah bakat dan kemampuan yang dimiliki," jelas Freddy lagi.
Beliau kemudian menggesa Pengarah Kewangan CASTMET, Shannon Yong untuk tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kerana adalah sesuatu yang memalukan untuk seorang penyanyi profesional yang telah bersiap sedia di atas pentas terpaksa menghentikan persembahan secara tiba-tiba dan membawa turun segala peralatan nyanyian di hadapan ratusan tetamu yang hadir.
Bagi Faizal Riduan, Perunding Polisi dan Dasar Awam MySuara yang mula mendedahkan insiden tersebut sehingga menjadi viral di laman sosial dan portal berita menyifatkan tindakan rasis ini adalah tidak boleh diterima sama sekali dalam sebuah negara merdeka yang meraikan kelainan dan kepelbagaian agama, kepercayaan, kaum dan budaya.
“Sikap prejudis terhadap penampilan wanita Islam yang berhijab wajar dikecam oleh seluruh bangsa Malaysia kerana bercanggah dengan Perkara 8(2) Perlembagaan Persekutuan 1957 dan Artikel 11(1)(b) Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) yang diratifikasikan Malaysia pada 1995.
Menurutnya lagi kerajaan perlu serius menyiasat insiden-insiden diskriminasi agama yang semakin menjadi-jadi mutakhir ini dengan menggunakan peruntukan sedia ada di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan iaitu berniat melukakan perasaan agama seseorang yang boleh menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan yang jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih lima tahun.
Malaysian Insider Tries To Defend CASTMET:
Seorang penyanyi sambilan mendakwa dipaksa turun pentas pada majlis makan malam anjuran sebuah syarikat pembinaan di sebuah pusat konvesyen di ibu negara pada 18 Januari lalu kerana bertudung.
Ketika kejadian, wanita itu mendakwa beliau berada di pentas utama setelah dijemput menyanyi oleh kumpulan muzik untuk majlis makan malam itu namun diminta turun oleh seorang pengarah syarikat berkenaan.
"Pengarah itu berkata kepada saya, bertudung tidak sesuai dengan majlis itu," kata Marinatasha Isnariah Mustapar dalam sidang media anjuran Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) di Kuala Lumpur, semalam.
Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez pada sidang media itu mengesahkan menerima aduan daripada penyanyi sambilan itu.
Freddie berkata, isu diskriminasi terhadap wanita bertudung tidak seharusnya berlaku di negara ini dan berharap pihak yang terlibat tampil memberi penjelasan dan membuat permohonan maaf.
"Mereka harus tampil untuk selesaikan secara baik, kami (Karyawan) akan menulis surat kepada pihak pengurusan Castmet Sdn Bhd bagi mencari jalan penyelesaian," katanya.
Sementara itu, Pengarah Urusan Castmet, Tan Keh Wah, berkata syarikatnya tidak pernah mendiskriminasi mana-mana bangsa atau agama seperti yang didakwa.
"Saya menegaskan syarikat kami bukanlah rasis seperti didakwa, sebaliknya kejadian malam itu bukan kerana penyanyi itu bertudung tetapi dia bukan penyanyi yang dipersetujui oleh pengurusan majlis," katanya.
Tan berkata, perjanjian antara syarikatnya dengan sebuah syarikat pengurusan yang melantik kumpulan nyanyian malam itu tidak melibatkan penyanyi wanita bertudung kerana majlis malam itu ada menghidangkan minuman keras.
"Antara isi kandungan perjanjian itu juga, penyanyi kumpulan berkenaan dikehendaki berinteraksi serta menari bersama tetamu yang kebanyakannya lelaki bukan Islam, dan bagi menjaga maruah serta sensitiviti orang Islam syarikat bertegas untuk tidak melibatkan penyanyi bertudung," kata Tan. - Bernama, 22 Januari, 2014.
No comments:
Post a Comment