In Allah We Trust

In Allah We Trust
A New Hope

Tuesday, January 28, 2014

Anwar tanding bukan soal hendak jawatan - Azmin


KAJANG: Pengerusi Majlis Kepimpinan Keadilan Selangor Azmin Ali menegaskan keputusan meletakkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di Dun Kajang bukanlah satu perjudian seperti mana dituduh pelbagai pihak.

 Beliau berkata, keputusan yang dibuat parti itu bukan mudah tetapi ia perlu komitmen oleh PKR dan Pakatan Rakyat bahawa PRK Kajang nanti akan menjadi bukti lonjakan dan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat.

"Dalam PRU lalu kita mendapat undi popular 52 peratus, insyallah di PRK Kajang nanti ia akan terus melonjakkan sokongan rakyat kepada kita seterusnya pada PRU14," katanya ketika berucap dalam Taklimat Pilihan Raya N25 Kajang di Sungai Sekamat.

Beliau turut menafikan bahawa Anwar kemaruk untuk menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri sebaliknya menyifatkan pengorbanan Anwar yang dilihat sebagai pimpinan peringkat negara namun sanggup turun ke peringkat bawah.

"Anwar pemimpin politik bertaraf dunia dia bukan milik Malaysia, Kajang, Selangor sahaja tetapi negara di Timur Tengah perlukan beliau.

"Bukan soal jawatan! Kalau hendak jadi PM tahun 2008 lagi dah jadi. Kalau ikut telunjuk Dr Mahathir dah lama dah ," katanya di hadapan kira-kira lebih 150 petugas jentera pilihan raya.

Bagaimanapun Azmin turut memaklumkan beliau akan mengadakan perbincangam bersama Pesuruhjaya PAS selangor Iskandar Samad dan Pengerusi DAP Selangor Tony Pua sebagai persiapan untuk PRK manti.

"Saya sudah hubungi mereka berdua pagi ini dan lepas ini kami akan adakan perbincangan serius untuk lihat bentuk kerjasama dan permuafakatan Pakatan Rakyat yang dapat diterjemahkan dalam bentuk tenaga kerja di Kajang nanti,"katanya.

No comments:

Post a Comment