In Allah We Trust
Thursday, January 9, 2014
Holy Water Disebarkan Di Serata Selangor.
Semalam, kami Admin di CU4M telah berpendapat bahawa ada satu rancangan jahat kononya orang-orang Kristian cuba untuk memberikan orang Melayu "Air Suci" Holy Water secara percuma di pusat membeli-belah sekitar Balakong, Serdang dan Sri Kembangan.
Apa yang penulis dapat lihat adalah satu ketakukan cuba diangkat dari provokasi yang sedang berlaku diantara kedua-dua belah pihak samada dari pihak Kristian mahupun pihak Muslim.
Kami tidak tahu siapa sebenarnya yang cuba untuk mengapi-apikan sentimen agar umat Islam membenci orang Kristian, namun apa yang kami mampu katakan adalah ini adalah perbuatan yang sangat bertentangan dengan etika perpaduan di negara ini.
Untuk pengetahuan para muslimin dan muslimat di seluruh negara Malaysia, "Holy Water" bukanlah air Sihir seperti yang dimaksudkan oleh para provokator di dalam alam siber. "Holy Water" adalah air dari doa yang dibuat untuk memberkati seseorang hamba Allah itu.
Ada juga kami menjumpai beberapa "fakta" tentang Holy Water yang jelas bertentangan dengan lumrah hidup manusia. Ada yang mengatakan bahawa air tersebut datangnya dari air kencing anjing hitam, darah perawan para rahib dan bermacam lagi kekotoran yang dikaitkan dengan air tersebut. Sungguhpun begitu, apa yang sebenarnya terdapat di dalam air Holy Water hanyalah doa dan sedikit garam.
Doa dibacakan diatas air tersebut agar air tersebut mujarab dan mustajab dalam membantu kehidupan seharian kita.
Kami ingin menegaskan bahawa Air Holy Water tidak boleh menyebabkan akidah umat Islam atau mana-mana agama lain terus bertukar kepada Kristian. Kami juga menolak bahawa kononya air Holy Water ini boleh mencederakan Vampire seperti mana yang terdapat dalam filem-filem Hollywood.
Air holy water boleh diminum sesiapa sahaja tanpa ragu-ragu. Ini kerana ia adalah air bersih yang biasa. Sama seperti air paip di rumah kita. Cumanya ianya dibacakan dengan doa. Hanya yang benar-benar ikhlas dan berkesaksian sahaja dapat menikmati kelebihan air ini. Tetapi jika kamu seorang yang tidak mempercayai kemujarabannya, air ini tidak dapat mengubah apa-apa pendirian tentang diri kamu.
Air holy water ini telah menjadi satu polemik yang memeningkan kami di CU4M. Kami berharap, para provokator politik dan agamawan tidak memainkan isu ini.
Sekiranya begitu senang untuk kami mengKristiankan orang dengan air ini, mengapa kami bersusah payah untuk berdakwah disekeliling dunia. Baik kami hantarkan sahaja para pembuat Holy Water ke setiap pusat bekalan air, dan satu dunia akan terus percaya kepada Yesus dan ajarannya.
Salam sayang dari saya,
Father Sebastian Lim
Penolong Editor Christian United For Malaysia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment